Followers

Showing posts with label Kuih. Show all posts
Showing posts with label Kuih. Show all posts

Monday, November 15, 2010

Kuih Keria

utk minum ptg semlm aku buatkan kuih keria sbb asben aku suka makan kuih nih. dalam masa yg sama. sambil2 duk uli adunannya aku teringat kat officemate aku seblm ni. kak liza. suka sgt dia ngn kuih keria. selalu dia komplen kat akak yg jual kat tepi jalan tu nape kuih kerianya keras. tp dlm duk keras2 pun. dia beli gaks. hehehe.... bila aku tanya. dh tau keras nape beli gaks. teringin nak makan katanya. nk buat mcm mn. telan aje ler.

1st time aku buat kuih keria nih. rupa2nya xde la ssh dan resepinya aku godek2 kat dapur kak hana yg mmg dh lama ada dlm simpanan aku. cuma br semlm bkesempatan nk mcuba. cam biasa aku buat extra utk ku kongsikan rezeki yg ada ngn jiran aku. n sorry la pd teman2 yg lain. dh hbs yerk.

Kuih Keria

Bahan - Bahan

500 gram keledek
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air

Cara - Cara

1. keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
2. toskan keledek dan lecek hingga lumat.
3. campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
4. ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
5. goreng hingga masak dan kuning. toskan kuih tadi.
6. panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kuih yang telah siap digoreng tadi. kacau rata / golek-golek hingga melekat dikuih. padamkan api dan bolehlah diangkat.

Wednesday, November 10, 2010

Cekodok Pisang


dua hr lepas ada beli pisang. request by anak aku yg mmg hantu pisang. suka sgt mkn pisang sedangkn aku xde plk suke pisang sampi naik hantu. hehehe.... so ptg td tgedik2 la aku kat dapur buat cekodok nih utk santapan aku dua beranak. dah sah2 asben aku keje. n x lupa. utk jiran sebelah sket. resepi aku ambik dr dapur kak hana. dh lama aku simpan resepi ni dlm file. br hr ni tgerak nk buat ikut resepi nih. biasa aku buat ikut version aku ler. tp x rugi la cuba. sedap. lembut plk tu. klu x pcaya. cuba buat sendiri k ^_^

Cekodok Pisang
sumber kak hana

Bahan - Bahan

1 sikat pisang - apa pisang pun x kisah janji masak ranum [aku guna 3 biji pisang montel]
gula... 4-5 sudu besar
secubit garam
1/2 sudu soda bikarbonat
2 sudu besar margarine / butter utk kasi ranggup [aku guna butter]
tepung gandum
sedikit jerk air

Cara - Cara

lenyekkn pisang tu dulu tau. kemudian campur semua bahan. kacau. panaskn minyak dan goreng. golek ngn sudip kayu utk mbulatkn jemput2 tu!!! hehehe aku punya x bulat2 pun. yg pasti. sodap. dah x yah nk mintak2 k. hbs licin aku dua branak mkn.

Tuesday, November 9, 2010

Cucur Ikan Kukus

hehehe ko org jgn la tkezut sakan plk. aku punya title cucur ikan kukus tapi kluarnya mek comel ni hah tgh terendam kat dlm kuali. kongpius ler tuh. ni sebnrnya menu minum petang semlm. aku buat lg sekali memandangkn ubi keledek yg adik aku cik bonsai bwk dr kg kiriman adik ipar aku msh ada lg. drp mbazir baik ler aku ulikan jadi mek comel ni hah. leh jgk aku bg kat jiran sebelah rmh. merasa la sorang sket.

sambil layan cite ulek mayang aku duk mgoreng kat dapur. nsb baik x rentung aku punya cek mek molek ni hah.

ni utk jiran aku. suke kemain lg siap srh aku ajarkn nk buat mcm mn. padahal aku main uli aje. jnji rupa n rasanya ade. jgn plk nk wak cek mek molek jdnya donut. haru tuh....

dan ini br related ngn title kat ats. hehehe... cucur ikan kukus... sodap. wak minum petang pun best gaks. bahan2 yg digunakan pun simple aje. nk tau camne rasanya. cuba la sendiri. tp sukatannya aku main agak2 aje yerk. resepi ni aku dpt daripada ummy kesygan aku. dia kata agak2 jerk la long so aku pun buat la spt yg diarahkn. hasilnya x teragak2 lg. mmg sodap ^_^...

Cucur Ikan Kukus

Bahan-Bahan

1 ketul ikan tongkol - yg tlh dikukus
1 cawan tepung gandum
segenggam ikan bilis
3 ulas bawang merah - dimayang
2 keping daun kubis - dimayang halus
2 batang daun bawang - dimayang halus
1 sudu mkn serbuk knorr pasti sedap
sedikit air
sedikit garam
sedikit air kukusan ikan
minyak utk mgoreng

Cara Menyediakan.

campurkan semua bahan2 tadi. kacau. pastikan adunan tdk tlalu lembik atau tlalu kenyal. sedang2 saja. ketepikan. panaskan minyak untuk goreng terendam. masak dengan mgunakan api sederhana. goreng hingga kuning keemasan. hidangkan bsama sos kegemaran anda. atau mkn begitu sahaja pun dh sodapppppp...

sok klu rajin leh buat lagi...

Thursday, November 4, 2010

Cek Mek Molek

panas lagi nih... menu minum petang untuk hari ini... i suke u ^_^... jeling2 je k... semua udah masuk perut haku... cuma tggl beberapa ketul utk adik ipar haku yg x blk2 lg dr meeting... kuih yg senang nk buat... sambil duk cerita ceriti [sebenarnya duk bgosip] ngn cik bonsai pun leh buat... hehehe...

Kuih Cek Mek Molek

Ubi Keledek
Tepung Gandum
Garam
Gula
Minyak untuk mgoreng

Cara Menyediakan

rebus ubi keledek. jika suka letak sedikit garam. apabila ubi sudah masak [empuk] sejukkan seketika. kemudian lenyekkan ubi keledek. masukkan tepung gandum dan sedikit garam. uli hingga menjadi doh. ambil adunan dalam dua sudu makan. leperkan. masukkan gula sebagai inti. tutup dan gulung kembali. habiskan semua adunan. panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. angkat dan sedia untuk dihidangkan.

bahan2nya aku main agak2 aje. yg penting tepung jgn tlalu banyak supaya dohnya lembut dan enak dimakan.

Sunday, March 7, 2010

Peanut Butter Pancake Rolls

menu utk ptg td...dh dua hari aku x masak kt rmh...asyik kluar...dh dua hari gaks utk lunch we all g mkn kat BBQ Chicken...asben aku suke sbb kat situ semua masakan mgunakan olive oil.....so ptg td aku try la wak ni utk isi perut....

Bahan - Bahan

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula halus
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
4/5 cawan susu segar
1 biji telur
1/4 sudu kecil vanilla esen
1/2 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Peanut Butter atau jam (ikut rasa masing2...aku guna peanut yg skali ngn coklat tuh...)
Gula pasir (optional...ak x letak pun...)

Cara-Cara

1. Masukkan gula, susu, telur dan vanilla ke dlm mangkuk besar. Kacau hingga sebati.
2. Kemudian masukkan tepung, baking powder, baking soda, garam dan minyak. Gaul sampai rata.
3. Panaskan non-stick pan dengan api kecil. Masukkan 1/4 cawan dan ratakan. Masak sampai perang sebelah.
4. Sapukan peanut butter dan taruk sedikit gula kalau suka. Gulung dan bolehlah dihidangkan.

Resepi ni aku intai2 kat myresipi....dh duk rmh ni aku rs mcm2 nk cuba..tp bgantung pd rajin ngn malas jerk.....hehehe....sok jadual aku agak padat utk keje luar...so menu utk esok aku nk cari yg simple aje...yg x memerlukn aku meluangkn ms yg lama kt dapur....itu pun klu M x myerang aku ler...muahhh...

Tuesday, July 21, 2009

Roti Jala n Kari Ayam

ni adalah br8fast utk last sunday...kebtlan otey ada kt rmh....aku try la wat roti jala nih...resepi aku pun x ingt aku rembat tang mn...tp pd yg empunya resepi mntk halalkn yerk...tengkiu coz sudi bkongsi resepi nih.....

leh krn kemalasan yg melanda...menu ni aku jadikn 2 dlm satu...br8fast n minum ptg....hehehe.....mula2 asben komlen psl kari ayam nih...so aku dh ubah suai ikut kesukaan dia....asben x suke byk santan n kari msti lbh.....k la...pd yg nk mcuba...ini resepinyer....

Bahan - Bahan (Hidangan utk 10-15 org - mhslkn lbh kurang 50 keping)

5 cwn tpg gandum
1 biji telur
1 cwn santan cair
1 sd teh garam
serbuk kunyit secukupnya
minyak n daun pandan utk mjala

Cara-Cara

1. Masukkn semua bhn ke dlm pgisar. Kisar hgga sebati. Tapiskn ke dlm mangkuk. Cuba adunan mgunakn acuan. Jika adunan pekat, tambah sedkt air krn kadangkala jenis tepung gandum bbeza - mpunyai kecairan bbeza.
2. Sediakan kuali leper di ats dapur. Panaskn n sapukn pmukaannya dgn minyak mgunakn daun pandan yg dicarik sedkt n diikat agar roti jala tdk melekat.
3. Cedok adunan mgunakn acuan roti jala.
4. Apabila msk, angkat roti jala n letakkn dlm pinggan. Jgn lipat lg. Teruskn mjala. Sementara menunggu roti jala masa, lipatkn roti jala ptama td. Buat begitu bselang-seli hgga adunan hbs.
5. Apabila siap semuanya, sedia dimkn bsama kuah kari ayam / daging / kuah durian.

Note:

aku xde kuali leper. so x cntk ler roti jala aku...dh mcm lempeng pun ada...hehehe....

Bahan-Bahan Kari Ayam

400gm ayam dipotong kecil
2 biji ubi kentang dikupas n dipotong dadu kecil
5 ulas bwg merah dihiris
2 ulas bwg putih dihiris
1/2 inci halia dihiris
kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang n 3 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar rempah kari ayam / daging dibancuh ngn 1/2 cawan air
2 cawan santan drp 1/2 biji kelapa
1 tangkai daun kari
garam secukup rasa

Cara-Cara

1. Panaskan minyak di dlm periuk. Tumis bwg, rempah ratus n daun kari hgga wangi n bwg kekuningan.
2. Masukkan rempah kari. Kacau hgga pecah minyak. Masukkn ayam, santan n kentang. Masak hgga empuk. Masukkn garam secukup rasa. Tambah air jika mahu kuah yg byk. Dididihkn n tutup api. Hidangkn bsama roti jala.

Note:

asben aku x suke santan byk so aku dh ubah suai ikut citarasa laki aku....aku kurangkn santan mjadi satu cwn shj...n aku tambah sukatan utk rempah kari....selain drp tu aku tambahkn serbuk cili dlm 2 sudu....tpulang la pd ko org yerk....