Followers

Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Gulai Ikan Masin Dengan Nanas

ini adalah masakan terakhir aku sebelum aku bsalin. skrng ni aku tgh berehat dr masak - memasak. masuk dapur pn kejap2 aje utk myibuk. dpt la bsenang lenang sampai hujung minggu ni sahaja. lepas ni semua kena buat sendiri. ummy aku dh nk balik kampung pada hujung minggu ini. masakan simple hasil resepi campak - campak drp ummy aku (aku ckp campak2 sbb klu tanya dia selalunya dia akan ckp ala ummy campak2 jerk bahan2nya xde sukat2 ^_^). so agak2 aje la tp bahan2 asasnya yang digunakan adalah seperti yang dinyatakan. 


Gulai Ikan Masin Dengan Nanas

Resepi : Ummy Aku

Bahan2
Ikan Masin Kurau ~ dipotong n rendam sekejap utk kurangkn masin, cuci & toskan
1/2 biji Nanas ~ bersaiz kecil shj, potong sesuka hati, cuci n toskan
3 ulas Bawang Merah ~ ditumbuk
2 ulas Bawang Putih ~ ditumbuk
1 inci Kunyit ~ ditumbuk
1/2 inci Lengkuas ~ ditumbuk
1/2 Halia ~ ditumbuk
1 1/2 Cili Boh
Sedikit Belacan
1 Kotak Santan Segera
1/2 potong Gula Melaka ~ size kecil
Garam secukup rasa
Air secukupnya
aji (jika perlu)

Cara2 Menyediakan
Masukkan semua bahan kecuali santan dan ikan masin. Masak sehingga mgelegak. Kemudian masukkan ikan masin. Kacau n biarkan seketika. Masukkan santan. Kacau hgga masak. Pastikan secukup rasa & tutup api. Dihidangkan dengan nasi panas.

Friday, April 20, 2012

Sambal Ikan Bilis dan Kentang

menu simple utk lunch hr ni. senang nk bt n sedap. x rugi mcubanya. aku jejln kat dapur kak jun. jmpa resepi ni trus tpaut hati. bahan2nya x byk n kebetulan mmg dh ada. so itu lbh memudahkn keje. x yah la bceloteh panjang. layan aje resepinya.



Sambal Ikan Bilis dan Kentang
Sumber CnP dari: http://yummylicious-jun.blogspot.com/

Bahan2

2 biji ubi kentang-kupas n hiris nipis - goreng n ketepikan
2 genggam ikan bilis - basuh n goreng, ketepikan
2 biji bawang merah - tumbuk
1 ulas bawang putih - tumbuk
2 sdb cili kisar
1/2 sdb sos tiram
sedikit gula
minyak secukupnya

Cara
panaskan minyak, tumis bahan tumbuk. masukkan cili kisar n biar garing sket atau hingga naik minyak. masukkan sos tiram n gula. akhir skali masukkan ubi kentan n ikan bilis yg digoreng tadi. kacau rata n angkat.

Thursday, April 12, 2012

Ikan Talapia Merah Goreng Berlada

cuaca hr ni sgt baik dgn sinaran mentari myinari bumi shah alam. tp aku msh blum bkesempatan nk mjengah kebun tanaman n kebun bunga aku. masih kalut ngn urusan rmhtangga. tetapi sedikit lega krn menu untuk lunch sdh siap. n ank2 skrng tgh menikmatinya. so kpd semua selamat mjamu selera k.



Ikan Talapia Merah Goreng Berlada
Bahan:
1 ekor ikan talapia merah - digoreng ngn garam, kunyit n tepung gandum
2 biji cili merah - ditumbuk kasar
3 biji cili api merah (bgantung kpd tahap kepedasan yg diingini. aku x gn byk sbb ank yg kecik suka mkn sambal. kesian kat dia klu pedas sgt) - ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah - ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
sedikit belacan
garam
gula
air asam jawa
daun limau purut - dihiris halus2

Cara:
- ikan yg telah digoreng diasingkn ke dlm pinggan.
- tumis bahan2 tumbuk mgunakan lebihan minyak yg digunakn utk mgoreng ikan td. tumis hingga naik bau.
- kemudian masukkn air asam jawa, belacan, garam n gula.
- jika inginkn kuah masukkn sdkit air ttp jgn tlalu byk.
- akhir skali masukkn daun limau purut. kacau seketika kemudian blh matikn api.
- curahkn sambal ke atas ikan talapia yg telah digoreng td. mkn ketika panas2 mmg sodap.



ini plk bihun bodo2 utk sajian sarapan pg.

Monday, March 28, 2011

Ikan Patin Masak Tempoyak Resepi II

hr ni aku punya mood bagus nk masuk dapur. semlm dh g beli brg dapur ngn hubby. hr ni seblm kul 9 pagi aku dh siap masak nasi. hahaha.... seblm aku hntr ank aku ereen g skolah aku dh siap masak Ikan Patin Masak Tempoyak nih. fav aku n hubby. wlaupn td aku mkn sorang2 tp aku tetap tambah mkn nasi ^_^. kali ni x guna resepi kebiasaan yg aku buat. nk cuba kelainan. lg pn x byk beza. rasanya tetap sedap. jom kita tgk apa yg diperlukan utk menyediakan Ikan Patin Masak Tempoyak.


Ikan Patin Masak Tempoyak
Source:

Bahan-bahan

1. 1 ekor ikan patin (dipotong dan dibersihkan)
2. 4 sudu besar tempoyak - aku letak 1 1/2 senduk
3. 10 biji cili padi (dikisar) - aku tambah 2 biji cili besar [ditumbuk]
4. 3 cm kunyit hidup (dikisar) - ditumbuk
5. 3 batang serai (diketuk) - aku cuma guna 2 btng serai shj
6. 3 batang bunga kantan (dihiris) - aku gn 1 kuntum shj
7. 5 helai daun kesum
8. 2 cawan air - aku letak 3 1/2 cawan
9. Garam, minyak masak dan gula pasir.
10. 2 keping asam keping - yg ni aku tambah

Cara membuatnya:

1. Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk. Tumis cili padi dan kunyit hidup yang telah dikisar. Kacau seketika.
2. Masukkan serai, bunga kantan dan daum kesum.
3. Kemudian masukkan air, tempoyak dan ikan patin.
4. Apabila mendidih, masukkan garam, asam keping dan gula pasir secukupnya. Masak lagi hingga pekat.

Saturday, March 5, 2011

Ikan Goreng Sambal Tempoyak

selera sggh mkn nasi hr nih... wlaupn menunya simple2 jerk tp tnyata sodap... klu mkn nasi x tambah itu bkn aku ler tuh... hehehe...

sbnrnya semlm aku sempat la BW kat blog kekwn yg lain. tetiba kat rmh hasue aku tnmpk menu nih. terus telan air liur. lagi pun aku n hubby mmg suka bangat ngn tempoyak. kebtlan semua bahan2 dh ada so tanpa dpt di tahan2... hr ni aku mcuba sendiri resepi nih.

aku punya x secantik yg hasue buat. warnanya kekuningan. maybe krn aku kurangkn kuantiti utk cili sbb aku takut kepedasannya mbuatkn semua org berasap. wlaupn begitu rasanya mmg sodap. kepada peminat tempoyak rugi klu x cuba resepi nih. menurut hasue resepi nih diambil drp che mat gebu. so kpd keduanya terima ksh sbb bkongsi resepi nih. mintak izin C&P di sini.

BAHAN-BAHANNYA:

3 ekor ikan kembong hijau (boleh guna apa2 jenis ikan berdaging - aku masak 2 ekor ikan selar)
1 helai daun kunyit, hiris halus
2 batang serai, hiris serong, kasar
5 biji bawang merah*
1 biji kecil bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
25 biji cili padi siam merah* (aku guna cuma 5 biji cili padi)
1 camca besar penuh tempoyak
3 keping asam gelugor (aku cuma guna sekeping shj sbb tempoyak dh ada rasa masam)
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA:

1. Ikan kembong disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum, masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
3. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.

Thursday, November 11, 2010

Sardin

ini ler menu aku utk hr ni. simple tp cukup utk aku mkn nasi lbh pd sepinggan. hehehe baguih x ayat aku walhal aku mmg dah tkenal ngn makan byk... tp sardin adalah antara lauk fav aku n ereen. jgn ko org hingat sepinggan sardin tu x hbs. licin beb hingga mjilat jari ^_^.

memandangkn dh hampir dua minggu hubby aku x mkn kat rmh krn kerja n blk lambat [erkkk cite pasal hubby rindu plk aku kat dier muahhh... muahhh... opppsss jgn ko org muntah ijo plk kat cni. nyah copat]. so aku masak ikut sedap tekak aku. klu hubby ada. dia x brapa gemar makan sardin. musykilnya aku bila mana ummy aku yg masak sardin. bselera plk dia makan. aku masak x sedap ke? hehehe buat2 tanya plk padahal itu ler hakikatnya. atau pun dia tpaksa makan nk ambil hati si ibu mertua (',') kan kan [ni ayat aku nk sedapkn ht sendiri k]. btl la tu.

kali aku masak sardin tgk resepi kat dapur kak hana. erkkkk mesti ko org gelakkn aku. ya la. nk masak sardin pun duk tinjau kat dapur org. x kisah la. janji x sama mcm yg aku biasa buat. n klu x salah aku resepi asal kak hana ambil dr rumah kak an. layan sardin aku posing dulu br ko org tgk resepi yerk. hehehe...

taraa.. chak... sardinku....

Sardin

Bahan-Bahan

1 tin besar sardin king cup [aku guna ayam brand]
5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dikisar atau ditumbuk halus
3 ulas bawang merah [dimayang]
1/2 cawan cili kisar [kalau nak buat nasi lemak, lebihkan cili sebab perlu lebih kuah]
1 labu bawang besar dihiris melintang
1 biji kentang dihiris nipis [kalau suka - n aku x letak pun]
3 biji cili padi diketuk
garam, gula secukup rasa

Cara-Cara

1. panaskan 5 sudu besar minyak di dalam periuk. tumiskan bawang merah hiris hungga kekuningan. masukkan bawang kisar dan cili padi. tumis lagi hingga wangi.
2. masukkan cili kisar. tumis hingga pecah minyak. masukkan sos tomato dalam sardin dan kacau sambal hingga sebati. tambahkan 1/2 cawan air. perlahankan api.
3. masukkan kentang dan bawang besar. masukkan ikan sardin. masak hingga kentang empuk dan sambal pekat. kacau rata. tambah garam (+/-1 sudu teh) dan gula (1 sudu besar) jika perlu.
4. tutup api dan sedia dihidang.

"bawang hiris yang ditumis dan cili padi, menambahkan keenakan sardin"
setelah mencuba, ya aku setuju :)

Sunday, October 10, 2010

Nasi Lemak

menu breakfast utk aku sekeluarga pg td... aldrian plk demam so ni aje yg sempat aku sediakn... nasi lemak adalah fav aku n ereen... papa x suka tp apa aku masak dia makan aje [kn klu x mkn dia takut dapur rmh x berasap krn ada org merajuk... hahaha...] rsnya dh lama aku x buatkn breakfast pd hr mggu... biasanya aku beli kat gerai akak depan taman tu hah.... tp dek krn hr ni 10.10.10 so aku masak ler... buat2 mcm hr ni special day la kunun.... hehehe... layan jerk la nasi lemak version aku a.k.a campak2...

Nasi
2 cawan beras, 1 cawan santan, 1 1/2 cawan air, daun pandan [disimpul], sedikit garam

Cara Penyediaan
Beras dibersihkan. Masukkan semua bahan ke dlm periuk bsama beras yg telah dibersihkan td. Masak spt biasa.

Sambal Ikan Tongkol / Aya
2 ketul ikan tongkol/aya [yg telah direbus]
2 ulas bawang putih - ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk
1/2 inci halia - ditumbuk
2 sudu besar cili mesin
sedikit gula melaka
sedikit garam
sedikit belacan
1 sudu besar air asam jawa
sedikit sos cili - jika perlu
sedikit sos tomato - jika perlu

Cara Memasak
Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk. Kemudian masukkn cili mesin. Kacau dan biarkan mereneh sampai pecah minyak. Masukkan gula melaka, garam, belacan dan air asam jawa. Kacau n biarkan mendidih. Kemudian masukkn ikan. Biarkan 10 minit kemudian sesuaikan rasa pedas, manis dan sedikit masam. Jika cukup leh padamkn api n sedia utk dihidangkn.

Note: Sos cili dan sos tomato diperlukan apabila kuah agak cair.

x lupa pelengkap breakfast... kopi barley... baru terangkat... baik punya promotion....^_^

msg utk cik bonsai:- sorry ya tpaksa kejutkan pagi2 utk btanyakn resepi sambal ikan tongkol ala2 cik cah...

Friday, October 8, 2010

Asam Pedas Ikan Pari

menu aku sekeluarga utk hr ini... ada kacang panjang goreng, telur dadar [menu wajib aku nih] dan asam pedas ikan pari... simple ajer tp dh kira bagus sgt ler bg org malas masuk dapur seperti aku ni hah... lg malas bila budak sihat tu asyik pot pet pot pet duk mjerit... duk dlm walker pun x rheti nk diam... org jln ke depan dia plk duk reverse ke belakang... last2 masuk dlm toilet... ayoyo pening kepala aku... ni bila si tembam dh tido leh la aku luangkn sket ms utk pot pet pot pet kat sini plk...

sebelum aku buat asam pedas tu... aku terjah dulu dapur kak dayang... kpd kak dayang terima kasih krn bkongsi resepi yg ngetop nih... n aku rs... ni ler asam pedas yg paling MENJADI aku buat... ^_^ resepinya aku salin blk kat sini yer utk mjadi sebahagian koleksi aku plk...


asam pedas ikan pari

Bahan-bahan :
2 ketul ikan pari (dipotong ikut suka)
1/2 labu bawang besar*
2 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia muda*
1 batang serai*
2 sm kunyit hidup*
3-4 sb cili kering kisar
1 batang serai (diketuk)
sedikit daun kesum dan hirisan bunga kantan
3-4 sb air asam jawa
air secukupnya
sedikit bendi (dibersihkan) - aku x letak sbb xde dlm stok fridge aku
1 sudu makan gula
garam secukupnya
1 biji tomato (dibelah 4) ni pun aku x letak

Cara-cara :
Kisar bahan2 bertanda *. Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk/kuali.
Tumis serai, bahan2 kisar serta cili kering hingga
pecah minyak(tumis lama sikit dgn api perlahan...barulah sedap).
Masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih seketika.
Masukkan ikan pari bunga kantan dan daun kesum.
Kacau sedikit dan biarkan ia merendidih.
Masukkan garam, gula, asam jawa dan sayur bendi.
Akhir sekali masukkan tomato dan masak lagi selama 10 saat dan tutupkan api.
Sedia utk dihidangkan.

***utk mengurangkan bau hanyir ikan, rendam ikan bersama sedikit tepung gandum dan perahan limau kasturi selama 20 minit dan kemudian dibilas bersih.

Thursday, August 12, 2010

Ikan Patin Masak Tempoyak


errkkkk... ini lauk berbuka semalam... br skrng leh bsiaran dek krn aldrian x nk tido... pening kepala aku.... tp alhamdullillah aku msh sempat masak.... mcm biasa mr. hubby x suka pergi beli juadah utk bbuka kat pasar ramadhan....

aku mintak tlg si koalajepong carikn resepi utk haku [punya la malas nk cari sendiri... hehehe..] tp aku x nk masak gulai ikan patin... dh susah2 sgt aku tut... tut... tutttt... tuttt... call mak mertua aku... "emmm... mak, ina nak tanya resepi camne nk masak ikan patin ngn tempoyak mcm yg mak selalu buat tu... hehehe..." [^_^ cik bonsai jgn jeles yerkkk... aku kn menantu tip top..] dh dpt resepi aku pun mula la bperang kat dapur... hasilnya spt yg ko org nampk kat atas... si ikan patin berendam ngn tempoyak tok mi.... nk buat sonang aje... leh buat sokmo....jom tgk resepi...

Bahan - Bahan

1 ekor ikan patin [potong kpd beberapa bhgn]
15 - 20 biji cili api
2 biji cili merah
1 cm kunyit hidup
1 senduk tempoyak [nk tambahkn tempoyak pun blh]
daun kesum
sdkt daun kunyit
garam
gula
cuka

Cara Menyediakannya

1. Cuci ikan patin dengan cuka kemudian toskan.
2. Tumbuk cili api, cili merah dan kunyit hidup sampai lumat.
3. Gaulkan bahan2 tumbuk dengan ikan patin tadi bersama dengan tompayak hingga rata. Untuk rasa yg lbh sedap, perapkan selama 1 jam atau lebih [klu nk cepat terus masak pun k jerk].
4. Masukkan air. Pastikan ia menutupi ikan patin.
5. Masak sehingga menggelegak. Kacau sekejap.
6. Perlahankan api, biarkan merenih perlahan. Kemudian masukkn garam, sdkt gula dan daun kesum. Biarkan seketika n matikan api. Siap.

Note: Ikan patin masak tempoyak ni akn sedap bila cukup rasa asam n garamnya. Kalau kurang rasa masam boleh ditambah asam keping.

Wednesday, July 21, 2010

Sambal Goreng Ikan Bilis Bersama Tempe


ini adalah menu berbuka puasa untuk hari ini... disebabkan aku aje yg puasa so menu adalah mengikut selera tekak aku ler... yg lain tpksa la ikut...hehehe... x larat nk celoteh byk2 jom tgk apa bahan2 nk buat lauk simple cam gini...

Bahan - Bahan

1 paket tempe [potong dan digoreng kemudian toskan]
1 genggam ikan bilis [digoreng garing dan toskan]

Bahan - Bahan Kisar

5-6 tangkai cili kering
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
belacan

1 sudu besar cuka / asam keping [aku guna asam keping]
sdkt garam [x perlu byk2 sbb selalunya ikan bilis dh cukup masin]
gula [jika suka]

Cara Memasak

Tumiskan bahan2 kisar hingga garing. Kemudian masukkan cuka / asam keping. Kacau rata. Seterusnya masukkan garam dan sedikit gula. Biarkan hingga pecah minyak dan kuah menjadi pekat. Selepas itu masukkan ikan bilis dan tempe. Kacau seketika kemudian boleh diangkat n hidangkan.

anda boleh menambah ubi kentang jika suka....haku x letak sbb xde n x brape suke hehehe...

Thursday, July 8, 2010

Sambal Ikan Bilis Petai


tgk dlm fridge msh ada petai yg ummy aku bwk hr tu...so aku teringin plk nk mkn sambal ikan bilis cam gini...so aku pun mjelajah la blog Chef Hanieliza...tp yg aku buat ni x secantik yg kak liza buat...hehehe next time aku akn buat lg...rasanya tetap menambat htku...minta izin ya kak liza utk C&P resepinya kat cni...

Bahan

250 gm ikan bilis
30 biji buah petai
1 labu bawang besar [potong gelang]
1 cawan jus asam jawa
Minyak
Garam
Gula

Bahan Mesin

30 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan ikan bilis, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil.
4. Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.

Thursday, March 18, 2010

Asam Pedas

xyah nk tliur yerk..ni menu semlm...dh hbs...mlm td x larat nk publish...psl dh penat sgt...semlm bangun jerk tido dh start wak keje rmh...mcm robot....hbs satu rmh aku kemas...sempat cuci empat2 toilet...ngn kipas pun aku bersihkn...nk tggu asben aku...alamaknya thn depan la br buat....aku cuma x mop jerk...dh x larat....

semlm gaks pecah rekod...aku x sempat nk layan mata....hehehe...mcm x pcaya plk....semlm x rs apa2...hr ni bangun tido hbs sakit bdn den ni hah...tu la tunjuk power sgt....so hr ni aku nk relax jerk...cuma td aku kluar jap...jumpa kwn ngn singgah kat giant...biarkn ank aku main kat playground kejap...pastu blk rmh...k la resepi asal aku amik kat cni Cik Mat Gebu...mintak halal ya cik mat....


Bahan-bahan ( 3 hingga 4 org )

3 - 4 ekor ikan kembong, kalau dpt yg segar, dibersihkan. (aku guna ikan pari)
1 cawan cili kisar
3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah kecil*
1/2 cm halia *
1 keping hirisan lengkuas*
3 biji buah keras*
Belacan sebesar ibu jari (boleh juga diganti dgn kiub ikan bilis pada mereka yg alergi pada belacan)*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 camca teh garam kasar*(*dimasukkan ke dalam lesung batu dan tumbuk hingga betul2 lumat - aku guna garam halus jerk...dh xde garam kasar...)
2 kuntum bunga kantan, dibelah 2
1 biji nanas sederhana besar, seelok2nya yg masak dan manis (aku gantikn ngn bendi)
1 camca besar asam jawa, dibancuh dgn 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya
Sedikit gula dan serbuk perasa (jika suka)
Minyak untuk menumis

Cara-cara

1. Nanas dikupas kulitnya dan belah 4. Buang empulur dan potong menyerong setiap belahan. Ketepikan. (Klu x letak nenas...skip aje step nih...)
2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/2 cawan). Tumis bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga terbit minyak.
3. Masukkan nanas dan kacau goreng dalam rempah2 tadi sebentar. Tuangkan sedikit air (ini bergantung pada masing2). Biarkan mendidih dan masukkan ikan dan bunga kantan tadi.
4. Perlahankan api dan masukkan jus asam jawa dan biar mendidih. Rasa kuahnya. Jika kurang garam boleh lah ditambah dgn sedikit lagi garam. Masukkan sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.
5. Biarkan mendidih 5 minit lagi dan boleh lah dimatikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan ulam2 sampingan.

Sunday, February 28, 2010

Ikan Bakar

menu utk hr ini...xyah cite byk...layan jerk resepi yg aku sdiri x ingt aku cedok dr blog sape...mntk dihalalkn aje resepi ni yerk....


1 kg ikan pari - potong ikut suka (nak guna ikan lain pun boleh)

Bahan Kisar

3 biji bawang besar
30-35 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci halia
1 inci kunyit
3 batang serai
sedikit belacan
3-4 biji buah keras (optional)

Bahan Tambahan

4 sudu besar sos tomato
4 biji limau kasturi (ambil jusnya)
3-4 sudu besar gula (pd sape yg x suke manis cam aku leh kurangkan)
garam secukup rasa
2 helai daun kunyit (dipotong beberapa bahagian)
sedikit daun limau purut
secukup minyak utk menumis
daun pisang
aluminum foil (klu nk bakar guna ketuhar mcm aku)

Cara Memasak

1. Panaskan minyaj dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing dannaik baunya. Masukkan pula daun kunyit dan daun limau purut dan kacau sebentar.

2. Seterusnya, masukkan sos tomato, jus limau kasturi, gula dan garam. Kacau rata dan sesuaikan rasanya. Tambahlah apa yang kurang yerk.... Biarkan sehingga sambalnya sedikit pekat sebelum matikan api.

3. Daun pisang dibersihkan dan sipotong ikut saiz yang diperlukan. Begitu juga dengan aluminium foil.

4. Alaskan daun pisang tadi dengan aluminium foil dan bubuhsedikit sambal. Kemudian bubuh ikan dan bubuh lagi sambal diatasnya. Bungkus dengan kemas.

5. Balar di dalam ketuhar dengan suhu 200-225 darjah Celsius selama kira-kira 1/2 jam.


Emmm...ni plak Sambal Ikan Bilis Cili Padi...utk resepi sila rujuk pd n3 seblm ni....malas plk nk copy paste lg skali...hehehe.....layan gambar jerk la....ni pmintaan org x sihat...asben aku....dh jadi fav dia n ereen.....


Sunday, June 28, 2009

Sambal Ikan Bilis Cili Padi

hr ni ada pjmpaan ibubapa kat skolah ereen. so blk pun dh dkt kul 12. hehehe...nk tgk CSI tp x masak lg tuk mkn tghari. so aku jenguk la mn2 dapur kat cyber nih nk cari resepi yg sempoi yg senang supaya aku leh terus layan CSI....jumpa plk resepi nih kat dapur si hana...simple but rasanya mmg terangkat...hr ni aku msk lauk2 yg simple aje. ikan bilis ni + ayam goreng + sayur lemak kobis...tp cam biasa la utk resepi2 yg ada pgunaan cili...msti aku kurangkn sukatannya sbb asben mmg xleh mkn pedas..jom tgk apa lg bhn2 yg diperlukn...

Bahan-Bahan

1 mangkuk kecil ikan bilis
1/2 mangkuk kecil cili padi
3 biji bwg besar
2 ulas bwg putih
sekeping asam keping
garam
gula
minyak utk menumis

Cara-Cara

1. Goreng ikan bilis (tgglkn sdkt utk dtumbuk bsama bwg supaya rasa sambal tu lbh umppppphhh) n ketepikn.
2. tumbuk cili, bwg merah n putih serta sdkt ikan bilis td.
3. panaskn minyak. tumis bhn tumbuk td hgga agak2 garing.
4. masukkn sekali asam keping, garam n gula.
5. bl dh agak kering, masukkn ikan bilis goreng n kacau rata.
6. blh terus dihidang atau disimpan dlm bekas.

Tuesday, June 23, 2009

Ikan Bawal Sweet n Sour

lunch time...dh x pi keje...aku msk la menu ni psl asben nk blk lunch kat rmh...resepi aku tgk kt myresipi...jemput mkn...

Bahan - bahan (3-4 org mkn)

1 ekor ikan bawal - dilumur garam n kunyit / dilumur garam n sdkt tepung jagung
3 ulas bwg merah - ditumbuk
1 ulas bwg putih - ditumbuk
1 inch halia - dihiris panjang2
1 biji tomato - dipotong dadu tp aku belah 8 jerk
1/2 biji capsicum - dipotong dadu
1/2 biji bwg besar - dipotong dadu (aku potong serong)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1/2 lobak merah - dipotong dadu
1/3 timun - dipotong dadu
sedikit bunga kobis - aku x letak sbb x ada dlm fridge..hehehe...
sdkt nenas - dipotong dadu
sdkt garam n gula secukup rasa

Cara - cara

1. ikan yg dilumur tadi digoreng hingga garing sdkt. ketepikan.
2. tumis bwg yg ditumbuk, halian n bwg besar.
3. masukkn sos cili n sos tomato. kacau. masukkn tomato, cili capsicum n sayuran ln. masukkn sdkt air jika tlalu pekat.
4. biarkn mdidih. masukkn garam n gula. angkat n tuang atas ikan yg tlh digoreng td.