Bahan A
1 cawan gula (aku kurangkn sukatan ni...sbb aku tkt seme org kena kencing manis..hehehe....)
1 cawan air panas
2 sudu besar marjerin / butter
Mula2 hanguskan gula. Setelah gula hangus, masukkan air panas. Pastikan air panas dimasukkan dgn perlahan2 krn ia akan membuih. Masukkan juga 2 sudu besar marjerin/butter. Masak sehingga butter cair & sejukkan seketika.
Bahan B
4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecik bikarbonat
Pukul telur hingga kembang kemudian campurkan 1 cwn susu pekat & sebatikan. Masukkan 1 cwn tepung + 2 sudu kecil soda bikarbonat & digaul rata. Dimasukkan dlm bekas dan dicampurkan dgn bancuhan gula hangus tadi.
Dibiarkan selama 3/4 jam utk sarangnya menjadi. Selepas itu baru dibakar pada suhu 180C selama 1 jam. Klu direndam kurang dr 3/4 jam, takut sarangnya kurang le menjadi. Tapi aku tggu dlm 15 minit jerk....jadi gaks....apa yg penting....SODAP....x larat la den nak nunggu smpi 3/4 jam....
Selamat mcuba...
No comments:
Post a Comment