Followers

Friday, July 23, 2010

I Am Happy

hepy sgt sbb jap agi aku nk gerak blk kg....dua minggu aku akan berada kat dungun....ada netball match....dah lama x main....saje suke2 n gedik2 skali skala...(^_^) nsb baik mr. hubby x kisah...dr dulu sebelum kawin smpi dh ada anak dua...dia x pernah halang klu aku nk bsukan....malah bg good support....so maybe for two weeks gaks blog aku ni akn bsarang...klu jadi kek sarang semut ok gaks...leh ngangga mulut n terus ngap ajer kan...k la...kita bsiaran lg ln kali...haku nk mintak diri dulu...DUNGUN...i miss u....

Wednesday, July 21, 2010

Telur Bungkus


antara lauk fav haku... mmg tambah nasi la klu ada lauk telur [padahal mmg aku kuat mkn... xde lauk telur pun aku tetap menambah... hehehe....] x yah la cite panjang2...ko org pun bkn suke sgt dengar aku duk pot pet pot pet kan...layan resepi lagi baguih...

Bahan-Bahan

4 biji telur
sedikit susu segar
sedikit serbuk knorr pasti sedap

Bahan Untuk Inti

Isi ayam / dging / kedua2nya [aku buat kedua2nya]
2 ulas bawang putih [dimayang]
1/2 labu bawang besar [dimayang]
1 biji tomato [x letak]
1 tangkai kacang panjang [dihiris nipis - tp aku x letak sbb xde]
1 camb kacang peas [klu suke - aku x letak sbb xde]
3/4 batang lobak merah [xde so x letak ler]
sedikit bunga kubis
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar tomato
1 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa


Cara Memasak
Pukul telur menggunakan sudu bsama serbuk knorr pasti sedap dan susu segar. Panaskn minyak dan goreng telur seperti menggoreng telr dadar [lebih mudah jika menggunakan non-stick pan]. Ketepikan. Kemudian tumis bawang putih sehingga kekuningan dan kemudian masukkan isi ayam / daging. Apabila masak isi ayam / daging telah masak masukkan sos cili, sos tomato sos tiram, garam, lobak merah, bunga kubis, kacang panjang dan bawang besar. Kacau sehingga bawang layu. Kemudian masukkan tomato dan kacang peas. Kacau seketika kemudian angkat dan diletakkan ke atas telur dadar tadi. Bungkus telur menjadi empat segi [klu jadi ler...klu x msti jd mcm yg aku buat tuh..] Siap.

Sambal Goreng Ikan Bilis Bersama Tempe


ini adalah menu berbuka puasa untuk hari ini... disebabkan aku aje yg puasa so menu adalah mengikut selera tekak aku ler... yg lain tpksa la ikut...hehehe... x larat nk celoteh byk2 jom tgk apa bahan2 nk buat lauk simple cam gini...

Bahan - Bahan

1 paket tempe [potong dan digoreng kemudian toskan]
1 genggam ikan bilis [digoreng garing dan toskan]

Bahan - Bahan Kisar

5-6 tangkai cili kering
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
belacan

1 sudu besar cuka / asam keping [aku guna asam keping]
sdkt garam [x perlu byk2 sbb selalunya ikan bilis dh cukup masin]
gula [jika suka]

Cara Memasak

Tumiskan bahan2 kisar hingga garing. Kemudian masukkan cuka / asam keping. Kacau rata. Seterusnya masukkan garam dan sedikit gula. Biarkan hingga pecah minyak dan kuah menjadi pekat. Selepas itu masukkan ikan bilis dan tempe. Kacau seketika kemudian boleh diangkat n hidangkan.

anda boleh menambah ubi kentang jika suka....haku x letak sbb xde n x brape suke hehehe...

Tuesday, July 20, 2010

Kurniaan Allah

anak adalah anugerah drp Allah yg tdk tnilai dgn wang ringgit...kehadiran ank2 myerikn lg sesebuah ikatan antara suami dan isteri...mereka itu adalah bukti perkongsian perasaan cinta....

namun mgapa ada manusia yg sanggup mbuang bayi tanpa perasaan belas kasihan...tlalu sedih keadaan bayi itu yg bisa mbuatkn kita menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang Allah ciptakan tanpa nyawa. padahal ianya adalah ciptaan Allah yang suci dari sebarang dosa tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan....tega sekali hati mereka memperlakukan bayi yang tidak berdosa itu sedemikian rupa...ke mana hilangnya sifat perikemanusiaan....ahhh...cuba lihat senyuman anak2 kita...itu adalah penawar duka yang paling mujarab sebenarnya bagi seorang ibu...akan hilang keluh resah di dalam hati....sungguh itu la yg aku rasai semenjak bergelar "mama"....

namun tidak pernah sunyi kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui....ya ALLAH bilakah semua ini akan berakhir.......

lain pula kisahnya bg mereka yg ingin menimang cahaya mata ttp belum dikurniakan rezeki....bsusah payah mereka berusaha bhabis duit hanya utk bergelar ibu dan bapa....tanpa jemu mereka terus berdoa agar dikurniakn zuriat mereka sendiri...ada juga mahligai cinta roboh hanya kerana tidak mampu memberikan zuriat.....bagi kita yang bergelar ibu....bsyukurlah kerana kita dapat menerima keindahan yang Allah sembunyikan di sebalik kurniaanNYA membolehkan kita mengandung dan melahirkan anak...yang pasti ALLAH sembunyikan ganjaran pahala yang besar disebalik setiap kesakitan yang kita lalui sepanjang tempoh kemahilan sehingga proses melahirkan anak....

syukur ke hadrat Ilahi bila aku diberi kesempatan utk bgelar ibu kepada dua org cahaya mata....dulu ms ereen msh kecil...aku tdk dpt memantau pembesarannya di antara usia 2 hingga satu setgh tahun...ats sbb2 ttntu ereen dijaga oleh mak mertuaku....aku hnya berkesempatan bjumpa dgnnya pd setiap hujung minggu...hanya aku yg tahu erti rindu....air mata sentiasa menemaniku setiap kali tpaksa meninggalknnya bsama mak...lbh tseksa bila ereen merenggek2 menangis ingin mengikut aku dan papanya...tpksa la kami bdua menunggu sehingga ereen tidur tlbh dahulu sebelum keluar ke tempat kerja...

itu kenanganku enam thn dahulu....alhamdullillah kehadiran aldrian melengkapkn lg keluarga aku...kali ini aku sendiri dpt melihat pkembangan pbesarannya di depan mata..apatah lg kini aku tdk lg bekerja...kini aku tahu erti "tidak cukup tidur" krn selama ini aku mmg tkenal dgn "tlbh tidur" [hehehe...tidur itu nikmat buatku], ank menangis ketika sedang asyik dibuai mimpi, meragam yg ada kalanya menguji tahap kesabaranku....dan yang paling penting aku dpt melihat kasih sayang yang terjalin di antara anak2ku...

aku tahu semua pembaca blog aku adalah berhati mulia...oleh itu aku ingin berkongsi kisah menyayat hati mengenai penderitaan tiga beradik yang mengidap penyakit misteri...ketiga2 mereka tidak mampu bergerak sendiri tanpa bantuan drp org lain...sewaktu kecil mereka adalah kanak2 normal namun keadaan mereka mula berubah apabila menjangkau usia enam tahun...mereka ialah Mohd Sayydan, 18, Mohd Badli, 14, dan Mohd Hashim, 12....mereka ialah anak kepada pasangan Suhaimi Hassan dan isterinya Noraidah Kadir...pkongsian hidup mereka diserikan dengan 9 orang cahaya mata...kini anak ketujuh mereka mula menunjukkan tanda2 bakal diserang penyakit yang sama spt abg2nya...

menurut doktor anak2 mereka mengidap duchenna muscular dystrophy iaitu sejenis penyakit yang berkaitan dengan sendi dan genetik yang difahamkan tiada penawar kepada penyakit ini...hanya Allah yang mampu mengubahnya...

menurut pasangan ini, tidak sukar menjaga anak2 istimewa ini krn mereka tdk memerlukan makanan khas tetapi mhadapi sdkt masalah dengan penggunaan lampin pakai buang yang memperuntukkan lebih daripada RM120 sebulan....sulit krn pasangan ini tdk bekerja namun mereka menerima sumbangan dari kebajikan masyarakat sebyk RM600 sebulan dan bgantung kepada wang pencen Suhaimi yang merupakan seorang bekas tentera ...

paling menyentuh perasaan aku...tanggal 31 Mei 2010 Mohd Badli telah pergi menyahut seruan Illahi...di saat2 akhir pemergiannya arwah sempat memohon maaf drp kedua org tuanya...tidak lupa dia turut menyatakan ucapan terima kasih kerana sentiasa sabar dan tidak pernah jemu menjaganya selama ini...

kepada yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah berkunjung ke alamat bernombor 159, kampung bukit kemuntong, jalan pasir akar, besut, terengganu atau hubungi talian 019-9471485...cerita lanjut mengenai mereka ko org boleh baca kat dalam majalah harmoni bilangan 139 [yang terbaru]....

Monday, July 19, 2010

Lucky Draw

penyertaan lucky draw ni akn berakhir pd 28 Julay 2010 yg dianjurkn oleh http://espritrasp.blogspot.com/

td duk singgah myinggah kat blogger ln...tjumpa pl n3 psl lucky draw nih kat blog tuan rmh...so memandangkn syarat pyertaannya x memeningkn kepala den nk pk apa salahnya den mcuba nasib kan...hehehe...untung2 TUAH tu mmg memihak kpd haku...mn la tau kn..x lupa aku nk buat ucapan kat cni....nk wish hepy belated besday pd penganjur [lucky draw ni diadakn pn sempena besday akak ni la...pttnya org bg dia hadiah...tp tuan empunya diri bmurah ht nk bg kita semua hadiah plk (^_^) - org nk bg hambik jerk la..hehehe....] moh tgk syarat2 utk myertainya....

syarat penyertaannya mudah aje:-

~ just copy paste gambar lucky draw tu ke blog ko org seme k....[mcm yg aku buat ni x ssh kan]...
~ buat a simple entri kat blog masing2 pasal lucky draw ni or nak copy paste syarat2 nie pun ok je...
~ tinggalkan komen kat entri http://espritrasp.blogspot.com/ bila dah settle steps 1 & 2
~ peserta tak semestinya follower pun, and tak perlu jadik follower [xde paksaan k]
~ peserta haruslah mempunyai alamat di Malaysia.....

NOTE: tarikh tutup LUCKY DRAW ni ialah pd 28 Julai 2010 pd 12 tghmalam...klu bnasib baik nama anda akn tsenarai di antara yg btuah pd 30 Julai 2010...ingat tau...keputusan adalah muktamad!!!!

Sunday, July 18, 2010

Teknik Membuat Kek Keju

xde menu menarik utk dikongsikn bsama..kebtln aku ada tbaca artikel ni kat dlm majalah Jelita so aku myalinnya di sini utk dikongsikn bsama....semoga bguna terutamanya pd aku ler...yg msh x lulus lg buat kek keju hasil air tangan sendiri (^_^), aku cuma tau beli kat secret recipe n terus mkn ler...hehehe...check it out k...





Dari Dapur Jelita keluaran Julai 2010
[info bguna kpd peminat kek keju - beberapa teknik mbuat kek keju agar hasilnya cantik n myelerakn]

Petua 1
kek keju ialah sejenis kastard, bukan kek. sbg kastard, kek keju sepatutnya tebal n kaya bkrim. sebgimana kastard ln, kek keju bgantung pd protein di dlm telur utk mberinya bentuk. proteinnya mula mbentuk apabila suhu mcecah 160°С. jika tlbh bakar, kastard akn mjadi kering.

Petua 2
pbakaran yg lama n plahan mberikn suhu dalaman yg sekata. jgn bakar lbh drp 350°С. sebaiknya gunakn acuan bwarna gelap utk myerap haba.

Petua 3
jgn tlbh bakar kek keju. kebykkan kek keju tlbh bakar lalu mjadi kering n tdk bkrim. kek keju yg tlbh bakar akn merekah. utk menentukn sama ada kek keju masak pd kadar septtnya , bhngn ats kek harus 'bgoyang' n bhgn tengahnya kelihatan lembut. jika bhgn atsnya tdk 'bgoyang' n kek bwarna keemasan, ini menandakan kek tlbh masak. jgn cucuk pisau atau pcungkil gigi ke dlm kek. ini akn myebabkn kerekahan.

Petua 4
pukul keju krim sehgga lembut n sekata. lbh senang mbuat adunan krim keju jika dimulakn dgn melembutkn keju. ambil keju krim dr peti sejuk sekurang2nya sejam seblm diadun.

Petua 5
campur bhn kpd keju krim. jgn mgadunnya. jika udara memasuki adunan, kek keju akn kembang apabila dibakar ttp kecut apabila sejuk. rekahan juga mungkin tjadi.

Petua 6
kastard lembut n senang cair. utk mberi lbh tekstur kpd kek keju, tambah satu / dua cawan besar tepung jagung / tepung gandum.

Petua 7
tekstur kek keju bgantung pd telur. adunan harus mgandungi telur yg mcukupi.

Petua 8
kek keju lbh mudah dikeluarkn dr acuan setlh dibiarkn sejuk sebentar. biarkn sejuk selama 10 minit. jika tlalu lama, kek mungkin mula melekat pd acuan n merekah. acuan yg tdk melekat bkn shj memudahkn proses mgeluarkn kek, malah mgelakkn kek merekah.


[Bagaiman Cara Terbaik Untuk Membakar Kek Keju]

kebykkn resepi kek keju myatakan adunan harus dibakar di dlm bekas berisi air. bagaimana caranya?

1. balut bhgn luar acuan kek mgunakn kertas timah yg tebal. ini bg mgelakkn air drp tpercik masuk ke dlm kek.

2. letak acuan kek di dlm bekas / loyang lbh besar berisi air panas pd paras tiga perempat ketinggian bekas.

3. tambah air panas jikalau perlu sewaktu proses mbakar kek.

4. bakar adunan kek keju di tingkat paling bwh rak ketuhar.

5. keluarkn bekas berisi air dr ketuhar n biarkn kek sejuk btl2 dgn merenggangkn pintu ketuhar sedikit.

6. seandainya kek keju merekah sewaktu disejukkn, ini bererti kek itu tlbh waktu bakarnya.

Thursday, July 15, 2010

Award

ngan rs bangganyer n tgedik2 aku ambil award ni drp Izah si Muffin Lover tuh [jgn x tau aku dh kembang dua tiga mangkuk nih..hehehe ^_^]

S: Suke tak award ni?
soklan bonus nih...udah tntu suke....

S: kamu rasa blog kamu lawa gila?
hah ni plak soklan perasan...klu tanya aku dah tntu aku ckp lawa sbb blog aku...suke hati aku ler kan nk wak camne...hehehe...

S: kamu selalu singgah di blog sape?
sape2 aje terutamanya yg ada kat list n aku dh follow depa....aku selalunya jd silent reader aje...low profile...i ni pemalu orgnyer...

S: beri senarai blog yg 'lawa gila' bg kamu.
semua lawa ler...citarasa masing2 kan...siapa la aku yg nk komen kata blog ko org x lawa....cuma aku punyer blog ler la yg paling lawa gile...muahhh...[tahap perasan aku dh memuncak nih]

S: Tag kpd org yang kamu rasa patut dapat award special nie.
koalajepong, Z.I.G, bena, ayu, zai, zorro, irma,ct, cheq, beedarling n sape aje yg udah cukup perasan mcm haku...[buat muke x malu amik AWARD nih k]....

Give Away - Jija's Lovely Cottage


Give Away - Jija's Lovely Cottage
Tarikh give away ni bermula dari 8 Julai hingga 31 Julai 2010
[masih terbuka kepada semua untuk menyertainya..moh ler ramai2 join GA nih]

GA NI OPEN TO EVERYONE YG BACA BLOG http://jija-craft.blogspot.com

Apa Yang Perlu Anda Buat:

1. Wajib Jadi Follower JIJA - [DONE]

2. Link http://jija-craft.blogspot.com di blog anda - [DONE]

3. Tag rakan2 anda dlm post tersebut utk join sekali giveaway ini - [DONE]


n tbuka kepada sape2 yg teringin nak mcuba nasib...

4. Last sekali tinggalkan "comment" dalam blog JIJA - [DONE}

5. Hadiah utk GA ni:~Lumayan Sih
Pertama – Bread Box [cantik bangat]
Kedua – Spoon Box [cantik gaks]
Ketiga – Cutlery Holder [ahhh...semuanya cantik2...hehehe]

[YANG PALING GEMPAK, UNTUK PEMENANG PERTAMA, BOLEH PILIH DESIGN YG DISUKAI...]

Tuesday, July 13, 2010

Jom Pi Tesco

bl baca title n3 ni pun ko org dh tau kan aku g labur duit kat mn ^__^...ni adalah 2nd time aku g tesco ngn ank2 tanpa ditemani mr. hubby...lps ambil ereen dr skolah we all trs ke sana...jom layan gambar ank2 aku bila ajak pi tesco...

amboi mentang2 la dh 3 bln lbh...sibuk nk angkat2 badan...mcm dh kuat sgt...[ms ni tgh tggu along nk kluar dr kelas]....



bila la agaknya nk sampi tesco nih...penat la kena ikat...x sukeeeee.....




mama ni x hbs2 lg tangkap gambar...bila nk gerak nih...along pun sama gaks...lambat sgt kluar kelas...adik dh penat nk posing....


wah....dh sampai...nk beli apa yerk...[along pun tumpang bgambar ngn adik]...




[klu dh bwk aldrian x leh bhnti kat satu2 tmpt tu lama sgt...nnt dia meragam sbb x leh nk window shopping] - tgk la mgalahkn mama yg nk tgk brg apa yg nk dibeli...dia lg sibuk pusing kiri pusing kanan...


survey dulu nih...nnt leh ckp kat papa adik nk apa...alaaa, lupa plk nk bwk pen ngn kertas... camne adik nk ingat... byk sgt la...



tgk tu...masuk jerk kete, ini la keje si aldrian. agaknya syok kot kena aircond...

ZZZZZzzzz...


bila tengok aldrian tido...smpi aku pun rs nk lena sama....dh masuk parking kat rmh pun x sedar...

n then bila pusing belakang...laaaaaa....along pun sama gaks..turut dibuai mimpi...penat la tu kunun bwk brg ^_^...

Friday, July 9, 2010

Muffin Coklat


hr ni xde show off utk menu lunch or dinner tp aku gedik sket nk cuba wak muffin...maka thasil ler Muffin Coklat..itu pun setlh aku myelongkar almari dapur Izah Muffin Lover (',')

utk pcubaan 1st time dh tntu aku puas ht...ln kali leh cuba resepi yg bbeza plk...rs muffin ni sama mcm Kek Coklat Moist...so kpd pgemar coklat...apa tggu lg...anda blh mcubanya sendiri...klu ada lbh2 tu bg ler kat jiran sebelah yerk....minta izin pd izah utk C&P jerk resepi kat cni...


Bahan-bahannya:

A 2 cawan tepung
1 1/4 cawan serbuk koko
2 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil soda bikarbonate
3 sudu teh nescafe
sedikit garam

B 2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur

C 3/4 cawan air panas

Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.

Thursday, July 8, 2010

Daging Blackpepper


antara menu utk hr ni gaks...alu godek kat Dapur Kak DayangJack lg...dh lama nk try tp br td aku peluang nk mcuba...godek2 dlm esbok ada daging yg blum diusik....so thasil la Daging Blackpepper nih

resepi aku just C&P dr cni (',')...n tq to kak dayang utk resepi yg marbeles nih...

Bahan-bahan :

hirisan daging rebus secukupnya
lada hitam secukupnya (ditumbuk kasar)
1 sb kicap pekat
2 ulas bawang putih cincang
1 labu bawang besar (dimayang)
2 sudu makan kicap manis atau secukupnya
1 sb sos tiram
5 biji cili padi (diketuk)
sedikit hirisan daun ketumbar - [x letak sbb xde...heheheh..]
sedikit hirisan kapsikum - [x letak gaks sbb xde]
1 sb jus lemon
sedikit bancuhan tepung jagung (jika suka)

Cara-cara :

1. Perapkan daging bersama 1/2 sb kicap pekat dan lada hitam selama 10 minit.
2. Panaskan sedikit minyak masak di dlm kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga perang. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kacau hingga mendidih.
3. Masukkan daging dan juga kicap pekat. Kacau sebati.
4. Masukkan pula kapsikum, cili padi, kicap manis dan juga jus lemon. Kacau lagi.
5. Perasakan dgn garam dan gula jika perlu. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan daun ketumbar. Kacau hingga kuahnya sedikit pekat.
6. Hidangkan panas2 setelah masak.

Sambal Ikan Bilis Petai


tgk dlm fridge msh ada petai yg ummy aku bwk hr tu...so aku teringin plk nk mkn sambal ikan bilis cam gini...so aku pun mjelajah la blog Chef Hanieliza...tp yg aku buat ni x secantik yg kak liza buat...hehehe next time aku akn buat lg...rasanya tetap menambat htku...minta izin ya kak liza utk C&P resepinya kat cni...

Bahan

250 gm ikan bilis
30 biji buah petai
1 labu bawang besar [potong gelang]
1 cawan jus asam jawa
Minyak
Garam
Gula

Bahan Mesin

30 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan ikan bilis, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil.
4. Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.

Sup Ayam Areena


nape sup ayam areena erkkk (',')...hehehe sbnrnya ini la rupa sup ayam fav ank aku...sempoi gile n aku rs semua org leh msk cam gini...yg x rheti masak cam aku pun jd terer...hr2 request srh aku buat...so utk mggu ni aje...ini adalah kali ketiga aku memenuhi pmintaan si puteri....

oleh itu utk rujukan dia sdiri [klu nk msk sendiri pd ms akn dtg] aku sertakn skali ngn resepinya...ini papa dia pun blh buat kot...itu pn klu rajin nk ke dapur...

Bahan - Bahan

Isi Ayam
2 cm halia [dihiris]
3 ulas bawang putih [dihiris]
1 kiub pati ayam knorr
5 biji cili api
garam
sdkt serbuk lada putih

Cara Myediakannya

1. Panaskn minyak n tumis bwng putih serta halia hgga keperangan. Kemudian masukkn cili api n ayam. Kacau n biarkn seketika.
2. Masukkn air, garam, serbuk lada putih n kiub pati ayam knorr. Kacau seketika n biarkn mdidih sehngga ayam empuk atau masak. Siap sedia utk dihidangkn.
minyak

Wednesday, July 7, 2010

Durian oh Durian

mlm td lps bwk aldrian jumpa dktr pakar bedah....we all sggh rmh jap simpan susu segar kat dlm fridge [seblm jumpa dktr we all sggh TESCO jap]...ms tu dh kul 10.30 mlm...then terus menuju ke kota damansara...kat sn la we all selalu lepak utk mkn durian...

yg kemaruk durian \(',')/ bukan aku tp papa n ereen...aku dpt merasa seulas pun jadi la...buat ilang gian...hehehe...tapi dh smpi sn gerai tu x buka la plk...maybe sbb ada pasar malam kat area tu...tkulat2 muka hubby n ereen tp msh xnk bputus asa....melencong plk ke kg. melayu subang..kot2 bnasib baik leh jumpa MR. DURIAN kat sana....ohhhh bkn MAS DARIAN dlm cite BBC yerkkk....

nsb x myebelahi we all lg skali....semua gerai dh tutup....dh dekat kul 12 tgh mlm....xde yg nk bniaga durian mlm2 cam gitu... nsb baik x terus ke tanjong malim...mcari durian smpi ke sn....prnh skali mkn durian kat sn ms otw blk dr rumah koalajepong...so papa pujuk ereen [dlm ms yg sama pujuk diri sdiri gaks....ya la dh tggu lama nk mkn tp x dpt...last week papa x sihat so tgk jerk ank n bini mkn ^___^] katanya operasi durian akn disambung esok...that mean hr nih la...so aku ngn aldrian tpksa dlm rela melayannnnnnnnnnnnnn....kan kempunan aku gaks yg ssh...

ooohhhh MR. DURIAN TEMBAGA...tggu kedtgan dua org pcinta setia mu....KHAIRYNA [khairy n areena]...aku x tau la brape biji diaorg leh hbskn...wait n c k...
susulan jumpa doktor mlm td: alhamdulillah aldrian xde apa2...doktor letak under observation...tggu dia besar sket...klu keadaan x berubah maybe dia akan dibedah...cuma aku hrp klu ada sesiapa yg tau nk buat mcm mn utk mjadikn size kedua2nya normal sila maklumkn pd aku....

Tuesday, July 6, 2010

3 Bulan

hr ni aldrian dh genap 3 bulan....sekjp aje ms blalu...n rupa2nya dh msk bulan kelima aku mjadi suri rumahtangga ^_^ sesuatu yg x prnh aku jangkakn...ada rs tkilan tp cukup bbangga bila dpt melihat pbesaran aldrian di depan mata...masa ereen dulu aku x bpeluang merasainya....

hr ni gaks aku pi klinik UMRA utk dapatkn suntikan imunisasi yg seterusnya utk aldrian...cam biasa la ada sesi timbang berat mcm THE BIGGEST LOSER plk...hehehe....last month berat aldrian 6.1kg n today berat dia dh 7.08kg....nurse ngn dktr siap cubit2 peha dia, pipi dia [geram ler dh tembam sgt]...yg empunya badan senyum jerk [dier mmg suke klu pompuan cantik geram kat dier..hehehe..]...sikitpun dia x nangis ms kena inject [yg pelik klu aku mrh time dia xnk tido or jentik sket menangisnya mcm aku dera dia plk - (",) kak long la yg akn setia memujuk adiknya] tp ms tu muka aku plk yg bkerut2...nsb baik aku x nangis...hahaha..aku mmg cengeng...ank 1st day masuk skolah pun aku leh nangis....

k la aku nk kongsi sket info kenapa kita perlu ikut jadual suntikan imunisasi...sekiranya kita melengahkn pberian imunisasi kpd ank, antibodi dlm badan mereka akn bkurang dgn cepat n mungkin tiada langsung jika suntikan vaksin seterusnya tdk diberikan.

suntikan imnunisasi diberikn secara bperingkat dlm jangka ms ttntu krn badan bayi msh belum dpt mhasilkn antibodi mereka sendiri. hanya slps jadual imunisasi dipenuhi, br badan kanak2 dpt mhasilkn antibodi secukupnya utk melawan serangan virus atau bakteria. sebaliknya, jika suntikan vaksin kedua atau ketiga dilengahkn sehingga beberapa bulan, keseluruhan proses imunisasi bagi sesetengah penyakit mungkin perlu diulang kembali bagi mgelakkn si kecil mdapat jangkitan.

so sbg ibu bapa kita harus btanggungjwb bg memastikan ank2 mdpt imunisasi spt yg tlh dijadualkn...ank2 kita adalah tanggungjwb kita... k peace no WAR :)
mlm ni kena pi UMRA lg...ada appoinment ngn pakar bedah kul 9 mlm...nk rujuk psl TUT TUT aldrian yg besar sebelah...udah dpt dikesan ms berusia sebulan lbh...mak mertua aku just suruh aku tuam ngn lada hitam yg ditumbuk kasar n dibalut ngn towel...x byk perubahan...so aku rujuk pakar utk memastikn ia tdk memudaratkn

Friday, July 2, 2010

Twilight Eclipse

dpt ke aku tgk cite ni...kesinambungan drp Twilight Saga n Twilight New Moon...^_^ agak2nye mr. hubby aku nk x belanja aku tiket PLATINUM MOVIE SUITES lg skali.....tp klu dia sudi skali pun mn / pd siapa aku nk tgglkn mr. aldrian...si kak long tu ok la...sama gedik ngn aku...mmg ikut acuan aku....so dia layan aje apa cite yg aku tgk...wlaupn ada msnya dia bbulu ngn aku sbb x leh tgk cite fav dia...hahaha mama dier x prnh mgalah (",)



nmpknya x ttunai lg hajat aku nk tgk movie...MELEPAS...mr. hubby msti tsenyum riang sbb dia x layan cite2 jiwang mcm nih....erkkkk blh aje nk layan DVD tp kepuasannya x sama mcm menonton kat cinema...
"kasihan skali sama aku -):"

Thursday, July 1, 2010

Lala Bercili


ni pun salah satu lauk yg aku hidangkn utk tetamu mlm td...resepi ni aku intai2 kat Dapur Kak DayangJack...x ssh nk memasaknya tp bl makan mmg puas ht...pendek kata berbaloi-baloi...nk myediaknnya pun x ambil ms yg lama...lg pun lala adalah salah satu lauk fav fmly aku...cnfrm lps ni aku akan buat lg...

kepada Kak DayangJack...terima kasih krn sudi bkongsi resepi yg meletop nih...sy minta izin utk myiarkn resepinya kat cni....

Bahan - Bahan

700 g - 1 kilo lala [dibersihkan]
5 ulas bwng putih [diketuk]
8 biji cili padi [diketuk]
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos tiram
1 batang serai [diketuk]
sdkt daun sup / daun bwng [dihiris - xde so aku x letak]
3 helai daun limau purut

Cara - Cara

1. Panaskan sdkt minyak di dlm kuali. Tumis bwng putih n serai hingga naik bau. Kemudian, masukkn cili kisar n tumis lg hingga garing.
2. Masukkn sos tiram, sos cili, cili n daun limau purut. Kacau rata2. Masukkn sdkt air. Biarkn mdidih seketika.
3. Kemudian masukkn lala n kicap manis. Perasakan dgn gram jika perlu. Gaul2kn hingga lala masak. Taburkn daun bawng / daun sup.
4. Hidangkn panas2.

Ayam Masak Lemak Cili Api


ayam ni dh posing semlm tp br hr ni ada ms nk upload...beria masak sempena kedtgan pkck n mkck aku dr kampung skali ngn anak2nya....meriah la rmh aku mlm td n hr ni suasana kembali sunyi...apatah lg en. hubby hr ni dh pi outstation smpi hr selasa depan...

klu ikutkn ht nk aje bwk ank2 blk kg...wlaupn kereta ada....tp bila en. hubby xde aku lbh selesa duk kat rmh...bkurung...kluar hnya utk hntr ank n ambil ank dr skolah...ahhh...sggh mbosankn...

x yah la duk layan rs kebosanan aku nih...layan resepi lg baguih kan ^_^

Bahan - Bahan

1/2 ekor ayam
20 tangkai cili api [ditumbuk halus tp aku nk senang aku blend aje - keperluan cili bgantung pd tahap kepedasan cili n ketahanan ko org ngn rs pedas cili]
2 btng serai
6 ulas bwng merah [ditumbuk halus - aku blend skali ngn cili api]
1 inci halia [ditumbuk halus - aku blend skali ngn cili api]
2 keping asam keping
1 inci kunyit hidup [ditumbuk halus - aku blend skali ngn cili api]
garam
gula
1 kotak santan

Cara Membuatnya

1. Masukkn bahan2 yg tlh diblend td + serai + ayam + asam keping ke dlm periuk bserta ngn sdkt air.
2. Hidupkn api n biarkn smpi mdidih. Masukkn santan, garam n gula secukup rasa. Jgn lupa kacau n tutup api setlh masak.