Followers

Wednesday, July 21, 2010

Sambal Goreng Ikan Bilis Bersama Tempe


ini adalah menu berbuka puasa untuk hari ini... disebabkan aku aje yg puasa so menu adalah mengikut selera tekak aku ler... yg lain tpksa la ikut...hehehe... x larat nk celoteh byk2 jom tgk apa bahan2 nk buat lauk simple cam gini...

Bahan - Bahan

1 paket tempe [potong dan digoreng kemudian toskan]
1 genggam ikan bilis [digoreng garing dan toskan]

Bahan - Bahan Kisar

5-6 tangkai cili kering
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
belacan

1 sudu besar cuka / asam keping [aku guna asam keping]
sdkt garam [x perlu byk2 sbb selalunya ikan bilis dh cukup masin]
gula [jika suka]

Cara Memasak

Tumiskan bahan2 kisar hingga garing. Kemudian masukkan cuka / asam keping. Kacau rata. Seterusnya masukkan garam dan sedikit gula. Biarkan hingga pecah minyak dan kuah menjadi pekat. Selepas itu masukkan ikan bilis dan tempe. Kacau seketika kemudian boleh diangkat n hidangkan.

anda boleh menambah ubi kentang jika suka....haku x letak sbb xde n x brape suke hehehe...

No comments:

Post a Comment