Followers

Tuesday, July 20, 2010

Kurniaan Allah

anak adalah anugerah drp Allah yg tdk tnilai dgn wang ringgit...kehadiran ank2 myerikn lg sesebuah ikatan antara suami dan isteri...mereka itu adalah bukti perkongsian perasaan cinta....

namun mgapa ada manusia yg sanggup mbuang bayi tanpa perasaan belas kasihan...tlalu sedih keadaan bayi itu yg bisa mbuatkn kita menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang Allah ciptakan tanpa nyawa. padahal ianya adalah ciptaan Allah yang suci dari sebarang dosa tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan....tega sekali hati mereka memperlakukan bayi yang tidak berdosa itu sedemikian rupa...ke mana hilangnya sifat perikemanusiaan....ahhh...cuba lihat senyuman anak2 kita...itu adalah penawar duka yang paling mujarab sebenarnya bagi seorang ibu...akan hilang keluh resah di dalam hati....sungguh itu la yg aku rasai semenjak bergelar "mama"....

namun tidak pernah sunyi kita mendengar dari televisyen, akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan dan ada yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup. tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya menjadi tempat dimana bayi-bayi malang ini ditemui....ya ALLAH bilakah semua ini akan berakhir.......

lain pula kisahnya bg mereka yg ingin menimang cahaya mata ttp belum dikurniakan rezeki....bsusah payah mereka berusaha bhabis duit hanya utk bergelar ibu dan bapa....tanpa jemu mereka terus berdoa agar dikurniakn zuriat mereka sendiri...ada juga mahligai cinta roboh hanya kerana tidak mampu memberikan zuriat.....bagi kita yang bergelar ibu....bsyukurlah kerana kita dapat menerima keindahan yang Allah sembunyikan di sebalik kurniaanNYA membolehkan kita mengandung dan melahirkan anak...yang pasti ALLAH sembunyikan ganjaran pahala yang besar disebalik setiap kesakitan yang kita lalui sepanjang tempoh kemahilan sehingga proses melahirkan anak....

syukur ke hadrat Ilahi bila aku diberi kesempatan utk bgelar ibu kepada dua org cahaya mata....dulu ms ereen msh kecil...aku tdk dpt memantau pembesarannya di antara usia 2 hingga satu setgh tahun...ats sbb2 ttntu ereen dijaga oleh mak mertuaku....aku hnya berkesempatan bjumpa dgnnya pd setiap hujung minggu...hanya aku yg tahu erti rindu....air mata sentiasa menemaniku setiap kali tpaksa meninggalknnya bsama mak...lbh tseksa bila ereen merenggek2 menangis ingin mengikut aku dan papanya...tpksa la kami bdua menunggu sehingga ereen tidur tlbh dahulu sebelum keluar ke tempat kerja...

itu kenanganku enam thn dahulu....alhamdullillah kehadiran aldrian melengkapkn lg keluarga aku...kali ini aku sendiri dpt melihat pkembangan pbesarannya di depan mata..apatah lg kini aku tdk lg bekerja...kini aku tahu erti "tidak cukup tidur" krn selama ini aku mmg tkenal dgn "tlbh tidur" [hehehe...tidur itu nikmat buatku], ank menangis ketika sedang asyik dibuai mimpi, meragam yg ada kalanya menguji tahap kesabaranku....dan yang paling penting aku dpt melihat kasih sayang yang terjalin di antara anak2ku...

aku tahu semua pembaca blog aku adalah berhati mulia...oleh itu aku ingin berkongsi kisah menyayat hati mengenai penderitaan tiga beradik yang mengidap penyakit misteri...ketiga2 mereka tidak mampu bergerak sendiri tanpa bantuan drp org lain...sewaktu kecil mereka adalah kanak2 normal namun keadaan mereka mula berubah apabila menjangkau usia enam tahun...mereka ialah Mohd Sayydan, 18, Mohd Badli, 14, dan Mohd Hashim, 12....mereka ialah anak kepada pasangan Suhaimi Hassan dan isterinya Noraidah Kadir...pkongsian hidup mereka diserikan dengan 9 orang cahaya mata...kini anak ketujuh mereka mula menunjukkan tanda2 bakal diserang penyakit yang sama spt abg2nya...

menurut doktor anak2 mereka mengidap duchenna muscular dystrophy iaitu sejenis penyakit yang berkaitan dengan sendi dan genetik yang difahamkan tiada penawar kepada penyakit ini...hanya Allah yang mampu mengubahnya...

menurut pasangan ini, tidak sukar menjaga anak2 istimewa ini krn mereka tdk memerlukan makanan khas tetapi mhadapi sdkt masalah dengan penggunaan lampin pakai buang yang memperuntukkan lebih daripada RM120 sebulan....sulit krn pasangan ini tdk bekerja namun mereka menerima sumbangan dari kebajikan masyarakat sebyk RM600 sebulan dan bgantung kepada wang pencen Suhaimi yang merupakan seorang bekas tentera ...

paling menyentuh perasaan aku...tanggal 31 Mei 2010 Mohd Badli telah pergi menyahut seruan Illahi...di saat2 akhir pemergiannya arwah sempat memohon maaf drp kedua org tuanya...tidak lupa dia turut menyatakan ucapan terima kasih kerana sentiasa sabar dan tidak pernah jemu menjaganya selama ini...

kepada yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah berkunjung ke alamat bernombor 159, kampung bukit kemuntong, jalan pasir akar, besut, terengganu atau hubungi talian 019-9471485...cerita lanjut mengenai mereka ko org boleh baca kat dalam majalah harmoni bilangan 139 [yang terbaru]....

No comments:

Post a Comment