Followers

Wednesday, November 3, 2010

Slice Cheese Cake


dah lama aku buat kek ni tp br skrng aku nk cite... erkkk bz sgt la kununnya... padahal aku yg x rheti manage masa kot.... hehehe.... isnin lepas aku x sihat gara2 aku dukung si tembam aku tu hah... klu kejap2 xper la... psl lama ler yg jd mcm ni... hbs sengal2 badan aku... n tpksa la hubby aku request utk 'work from home' on that day... mood nk bsiaran pun melayang...

hr ni aku bulatkn tekad [cewah...] nk cite something kat cni... xnk ler biarkn blog aku ni bsawang sana sini... ni ler rupa kek yg aku buat hr tu... x sempat aku nk snap yg dipotong... cepat aje hbsnya... bg kat jiran sebelah sket... dh lama resepi ni ada kat dlm simpanan aku tp xde ms nk try... aku dpt dr dapur kak hana... kek ni mmg gebu... x rugi mcuba n x ssh pun... x caya ke... hehehe tgk aje resepinya... pd kak hana mintak izin utk menayang resepinya kat cni yea....

Slice Cheese Cake

Bahan-Bahan

4-5 keping slice cheese
200ml susu segar
70 gram butter atau majerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara-Cara

1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
2. kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama dengan gula hingga menjadi meringue.
5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan ke dalam adunan cheese tadi. masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi. pastikan adunan tidak berketul.
6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan beberapa titk esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan.
7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit. gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar [cara bain marie] utk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan.

3 comments:

  1. Salam moklong...
    Boley terai buat nih... stok cheese pun ada lagi dalam peti tuh... nnt kalu jadi buat akak anto lapuran dekat moklong ya.. :)

    ReplyDelete
  2. to kak fzi...
    saya tggu ya kak... hehehe...

    to koalajepong...
    i luv cheeseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..........

    ReplyDelete