Followers

Friday, December 17, 2010

Sila Beratur Ikut Barisan Ya Anak2 Semua...

hah ko org semua jgn memotong barisan ya. jom mkn2. jamu mata jerk la. aku ada kat kg ni. saje blk ikut adik ipar aku. kebtlan plk hr ni adik - beradik daddy aku buat surprise anniversary celebration utk parents diaorg a.k.a atuk n nenek aku ler tuh. xnk cite panjang lebar. x larat. dh ponat nih. sempat main bowling kat mesra mall ms otw blk ke dungun td. x yah ko org beria nk tanya tahap ketereran aku main sbb aku ler yg berada di tangga yg tcorot. hehehe....

auchhh... budu. sodap tuh... menu wajib.

ada ikan bakar...

hah beratur tau... barisan biar lurus....

tselit plk gambar dua beradik meletop nih...

kek anniversary...

bacaan doa selamat utk pasangan pgantin lama...

pasangan yg diraikan...

tgk tuh. bkn senang nk tgk budak embam nih senyum...

doa mkn...

mkn plak..

myelit gaks gambar ank2 aku n tok mi...

bintang rock kapak yg x glamer pun...

embam aku...

sesi pembahagian bunga telur...

giliran budak2...

n embam aku cam biasa la. tido...

mak aiii... berianya mkn kek bdk dua org nih..

cuba teka tangan siapakah itew...

ummy n daddy aku bgambar kenangan dgn atuk n nenek aku.

gambar kenangan beramai2.

THE END

Tuesday, December 14, 2010

Just 4 My Record Only

Birth Weight : 3.1kg
Length : 51cm

20 days : 3.9kg

1 month : 4.5kg

2 months : 6.1kg

5 months : 8.6kg

6 months 19 days : 9.9kg

now : x tau. x timbang agi. dh susut kot sbb lasak sgt. hbs satu rmh dia tawaf. gigi dh ada 4 batang. dua atas n dua kat bwh.

aldrian ammar syameer mmg ssh nk senyum
cuba tgk nih

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

dan ini

v

v

v

v

v

v

serius mcm papanya jgk... ^_^

Monday, December 13, 2010

Bila Sahabat Bersamaku

pic taken from google

syukurlah bila kita bertemu dgn seorg insan yg blh mjadi sahabat dunia n akhirat. sentiasa mgingatkn di saat kita tlupa. sentiasa mdengar bila kita perlu meluahkn kpd seseorg. meredakan tangisan ngn kata2 nasihatnya tatkala kita dilanda musibah. pendek kata, sahabat ini sentiasa bsama kita tdk kira di saat suka mahu pun duka.

aku ada sahabat. yang ikhlas bkawan denganku. teringat tatkala aku dihimpit masalah. dia lah teman setia. aku masih simpan nasihat2 yg diberikan. antaranya:

  • tidak usah terlalu berfikir tentang sesuatu yang tidak penting dan membuatmu tidak bermaya……..

eloklah lupakan sahaja.sebaliknya, tumpukanlah fikiran untuk KEJAYAAN, kerana dengan begitu hatimu tidak terganggu

  • jika hidupmu susah, minta la PERTOLONGAN kepada YANG MAHA ESA
  • jadilah WANITA yang mampu mengubah musibah menjadi ANUGERAH

FIRMAN ALLAH SWT


“boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu,

Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.

Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Baqarah:216)


terima kasih sahabat krn sentiasa ada buatku n ikhlas dgn psahabatan kita. aku sayangkn psahabatan kita. semoga ia bkekalan hingga ke akhir hayat yang ada. juga kepada sahabat2 ku yg lain. kalian sentiasa di hati. setulus hati ingin ku nyatakan. kalian semua mberikan aku semangat utk terus tabah mharungi setiap dugaan hidup. tanpa kata2 semangat yg diberikan mungkin aku akan terus hanyut dgn dunia ciptaanku sendiri.

Sunday, December 12, 2010

TAG

maaf bebyk. x sempat nk inform yg daku blk kg. sbb tu rmh aku ni sunyi sepi tanpa cite2 tkini. bl dh blk ke shah alam. kena uruskn apa yg lbh penting dulu. skrng br nk mula sapu habuk2 yg sempat singgah ms ketiadaan aku. dlm duk myapu tu tpandang msg kat tempat sembang. ada tag drp naz. so aku ambil ms sket utk siapkn assignment nih. hrp2 naz puas hati ngn jawapan yg diberikn. mudah2an dpt A+. hehehe.... layan jerk la k.

1. Bagi 3 makanan yg korang paling suka dan sila bagi specific nama makanan tersebut and the way you like it.

a. nasi minyak [kat rmh org kawin pun sodap]
lbh sedap bila disajikan ngn gulai daging kawah. mak aiiii.... mintak ampun. klu dapat makan nih mmg aku lupa jap kat hubby aku. hahaha....

b. nasi ayam [yg ni khas drp air tangan ummy aku. tp klu bkn pn aku tetap beria2 mkn]
pd aku satu makanan yg simple tp sedap. nk masak x ssh. tp cukup ssh nak myamakn rasa mcm yg ummy aku masak. lepas ni aku rasa. bila blk kg. aku kena mintak ummy aku tadahkn air tangan dia utk aku gunakn kat cni. hehehe...

c. tom yam campur.
erkkk... kecur air liur aku. klu mkn kat kedai mmg sodap. tp bila buat sendiri x tau nape rasanya mcm x sama mcm kat kedai. puas dicuba. tukar sana tukar cni. rasa tetap x sama. kat mana silapnya erkkk... leh bagitau x.

2. 2 jenis air apa yg korang paling suker?

a. kopi barley [keluaran smart herbs. hehehe....]
b. milo ais

3.Which type of food yg korang prefer, pilih 3... malay, chinese, japanese, westren, italian, mexican, arabian?

aku bab makan ni x ler memilih sgt. bedal aje apa yg ada depan mata. tp dh aku ni org melayu. dh sah2 la first choice aku malay. diikuti ngn western n indian kot. aku suka mkn nasi daun pisang. best giler.....

4. Apa makanan yg korang paling expert masak? dlm kata lain, xyah tgk resepi tp at the same time bila org lain rasa,org akan kata 'wah!gila sedap'

hahaha... sonang aje. masak air n masak nasi ler. muahhh.... entah la. xde plk yg pernah kata gile sedap bl mkn apa yg aku masak sbb aku ni mmg diakui aku ni x rheti masak. klu ada yg memuji sodap gile anak aku jerk. hahaha.... lbh2 lg klu aku masak lemak kubis atau tumis biasa aje. confirm aku x tgk resepi. hehehe...

5. Semahal mana korang bayar tuk makanan korang?

hah aku pun sama kes ngn naz ler. hubby aku yg bayar. aku cuma jeling aje. tp kdg2 aku ckp gaks kat hubby. nape bwk mkn kt tempat2 yg mahal2. n cam biasa hubby akn cakap. dia keje penat2 utk aku n anak2. uhukk... hukkk... tharu plk. bab makan hubby mmg x bkira. x caya tanya la fmly aku. dia suka jamu fmly mkn.

6. Beri nama restorant favourite. apa makanan kt situ yg paling sedap?

restoran serai kat seksyen 2 shah alam n lala chong seafood. klu kat serai tu menu wajib order we all ialah tom yam campur. sodap sgt. kat lala chong plk. we all mesti order ketam n lala ler. masa aku pregnant almost every 2 weeks mesti g lala chong. x jemu2 aku n hubby pi mkn kat ctu. hehehe...

7. Ayam, kambing, lembu, itik, burung puyoh, burung wak2, rusa, landak, merpati, ayam denak. mana satu yg korang suker? klu korang ada suke yg lain aku xlist,bgtau je la.

aku suka daging kambing n lembu. lamb chop kat steven sodap weh. try skali nok sokmo lah. confirm punya. mcm yg aku habaq td ler. aku suka gulai daging kawah.

8. Restorant/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda?dan mkn/minum apa?klu korang ingat la kan?

sah aku x hingat. dh lama. bbelas thn dahulu. yg pasti kat sungai petani, kedah. sbb we all sama2 blaja kat sana.

9. Apa makanan yg selalu remind korang trhadap pasangan korang?kenapa?

hahaha... nasi pulut yg disalut kelapa n dimakan ngn ikan kering or ikan goreng. breakfast popular kat kg aku. tkulat2 muka hubby aku ms first time family aku jamu dia nasi pulut nih. tobat itu ler first n last dia mkn. tu pun sbb nk jaga ht bakal mertua ms tuh. hehehe.... x nk lagi dah. dia kata pelik pepagi mkn pulut. so klu aku teringin sgt nk mkn. kena tggu blk kg. aku x prnh masak sendiri. sbb nk jaga hati hubby. entah apa yg pelik sgt pun aku x tau. sbb klu aku mkn sedap aje rasanya. n confirm lupa jap kat hubby klu dpt mkn. hahaha...

10. Klu pegi umah orang, korang brharap org tue hidang apa?

x kisah. sbb aku x memilih n semua aku bedal wlaupn hanya air kosong. aku suka pi rumah koalajepong sbb dia suka masak sedap2 klu aku pi tanjong malim. hahaha....

11. Makanan yg korang mmg xblh nk telan langsung. samada x sedap/tekak korang dh kembang.

sushi. x suka sesgt.

12. Menu raya yg paling disukai.

ketupat palas ler. ada plk rendang daging yg ummy aku masak. perkkk... sodap.

13. Jajan/cekedes favourite?

super ring.

14. Beri 2 makanan yg emak korang masak yg korang suka?

byk. semua skali.

15. Makanan paling pedas yg korang mkn. sapa masak?

sama mcm naz. aku sendiri ler. sbb aku mmg hantu pedas. mula la muka hubby mcuka. sbb dia x suka pedas. aku leh buat cili padi sebagi ulam sbb nk rasa pedas lbh terangkat.

16. Korang klu jumpa org yg TAGG ni, apa agaknya korang nk hidang/belanja?

aku leh hidangkan apa yg aku tau masak jerk la. sbb nk masak beria pun aku x rheti. hehehe... tp klu belanja. kena tanya naz la. klu dia suka makan masakan thai. leh ajak g serai. klu nk mkn seafood. moh kita ke lala chong aje.

17. Sila TAG 5 0rg & paksa mereka buat Tag ini?

c. gee
d. izah
e. irma

BUT. no paksaan k. x suke paksa2. klu larat buat ler. klu x just abaikn aje.

Friday, November 19, 2010

I Am Not Feeling Well

gambar pinjam dr pak google

aku x sihat. demam. sakit segala urat saraf aku ni hah. badan plk rasa sengal2. bkn krn aku mkn tlalu banyak daging korban. tp keadaan ni dh kali kedua terjadi pd aku. cian kat aku. ko org tau apa pyebabnya. erkkkkk.... ni hah

v

v

v

v

v

v

v

v

si tembam aku ni ler..

bila aku dukung dia lbh dr 20 minit. confirm lps tu badan aku akan sakit2. n mlm tu sure demam. semlm aku asyik tido aje. btl2 x larat. ditambah plk ngn sakit kepala. mmg lalok jerk aku rs. rmh pun mcm tongkah pecah. kejap2 aku call hubby. lps tu adik aku plk. mngadu ler. sakit. padahal manja jerk lbh. ckp ank2 manja padahal mamanya pun sama jerk. disbbkn tuan rmh x cihat so no menu masak2. hr ni br masuk dapur. nnt la aku show off menu org sakit. hr ni dh rs ok sket. nak rest. sok2 la aku g myinggah kat rmh2 ko org k. itu pn klu sempat. hehehe...

Monday, November 15, 2010

Tuah Ayam Nampak Di Kaki Tuah Den Ko Org Tau Ke.. Ngeh... Ngehh... Ngehhhh...

aku ler rakyat bertuah yang ke 100 kat tuan tanah cik nad. tq sis for giving me this award. x sangka dpt award tau. nk aku bg ucapan ke. hahaha... x yah la. kan ada plk yg muntah ijo. hbs semua nama org kampung aku sebutkn nnt.

to sis nad. semoga pkenalan kita secara maya ini akan bkekalan. nice to meet u.

Kuih Keria

utk minum ptg semlm aku buatkan kuih keria sbb asben aku suka makan kuih nih. dalam masa yg sama. sambil2 duk uli adunannya aku teringat kat officemate aku seblm ni. kak liza. suka sgt dia ngn kuih keria. selalu dia komplen kat akak yg jual kat tepi jalan tu nape kuih kerianya keras. tp dlm duk keras2 pun. dia beli gaks. hehehe.... bila aku tanya. dh tau keras nape beli gaks. teringin nak makan katanya. nk buat mcm mn. telan aje ler.

1st time aku buat kuih keria nih. rupa2nya xde la ssh dan resepinya aku godek2 kat dapur kak hana yg mmg dh lama ada dlm simpanan aku. cuma br semlm bkesempatan nk mcuba. cam biasa aku buat extra utk ku kongsikan rezeki yg ada ngn jiran aku. n sorry la pd teman2 yg lain. dh hbs yerk.

Kuih Keria

Bahan - Bahan

500 gram keledek
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air

Cara - Cara

1. keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
2. toskan keledek dan lecek hingga lumat.
3. campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
4. ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
5. goreng hingga masak dan kuning. toskan kuih tadi.
6. panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kuih yang telah siap digoreng tadi. kacau rata / golek-golek hingga melekat dikuih. padamkan api dan bolehlah diangkat.

Friday, November 12, 2010

Errrkkkk... Lelap Jap La

cuaca kat luar rumah aku sekarang ni mendung jerk. pagi tadi hujan renyai2. emmm klu la dpt lelapkn mata. mau tlajak sampai ke petang. hehehe dasar antu tidoq. tp btl apa yg aku ckp tu. syok klu dpt tidoq time2 mcm nih. klu x caya jom tgk betapa nikmatnya klu dpt beradu [ala2 lena diulik intan gitu]. lbh2 lg klu ada yg peluk. seblum tu make sure turn on aircond dulu. kasik extra sejuk k.

"mu keleh sdiri deh btl x hok aku rhoyat nih... ^_^"

kan... kan... kannn.... aku x tipu kan... hehehe...

kasi focus dekat sket..

v

v

v

v

v

v

v

v

v

erkkk seriusnya....

Thursday, November 11, 2010

Sardin

ini ler menu aku utk hr ni. simple tp cukup utk aku mkn nasi lbh pd sepinggan. hehehe baguih x ayat aku walhal aku mmg dah tkenal ngn makan byk... tp sardin adalah antara lauk fav aku n ereen. jgn ko org hingat sepinggan sardin tu x hbs. licin beb hingga mjilat jari ^_^.

memandangkn dh hampir dua minggu hubby aku x mkn kat rmh krn kerja n blk lambat [erkkk cite pasal hubby rindu plk aku kat dier muahhh... muahhh... opppsss jgn ko org muntah ijo plk kat cni. nyah copat]. so aku masak ikut sedap tekak aku. klu hubby ada. dia x brapa gemar makan sardin. musykilnya aku bila mana ummy aku yg masak sardin. bselera plk dia makan. aku masak x sedap ke? hehehe buat2 tanya plk padahal itu ler hakikatnya. atau pun dia tpaksa makan nk ambil hati si ibu mertua (',') kan kan [ni ayat aku nk sedapkn ht sendiri k]. btl la tu.

kali aku masak sardin tgk resepi kat dapur kak hana. erkkkk mesti ko org gelakkn aku. ya la. nk masak sardin pun duk tinjau kat dapur org. x kisah la. janji x sama mcm yg aku biasa buat. n klu x salah aku resepi asal kak hana ambil dr rumah kak an. layan sardin aku posing dulu br ko org tgk resepi yerk. hehehe...

taraa.. chak... sardinku....

Sardin

Bahan-Bahan

1 tin besar sardin king cup [aku guna ayam brand]
5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dikisar atau ditumbuk halus
3 ulas bawang merah [dimayang]
1/2 cawan cili kisar [kalau nak buat nasi lemak, lebihkan cili sebab perlu lebih kuah]
1 labu bawang besar dihiris melintang
1 biji kentang dihiris nipis [kalau suka - n aku x letak pun]
3 biji cili padi diketuk
garam, gula secukup rasa

Cara-Cara

1. panaskan 5 sudu besar minyak di dalam periuk. tumiskan bawang merah hiris hungga kekuningan. masukkan bawang kisar dan cili padi. tumis lagi hingga wangi.
2. masukkan cili kisar. tumis hingga pecah minyak. masukkan sos tomato dalam sardin dan kacau sambal hingga sebati. tambahkan 1/2 cawan air. perlahankan api.
3. masukkan kentang dan bawang besar. masukkan ikan sardin. masak hingga kentang empuk dan sambal pekat. kacau rata. tambah garam (+/-1 sudu teh) dan gula (1 sudu besar) jika perlu.
4. tutup api dan sedia dihidang.

"bawang hiris yang ditumis dan cili padi, menambahkan keenakan sardin"
setelah mencuba, ya aku setuju :)

Wednesday, November 10, 2010

Cekodok Pisang


dua hr lepas ada beli pisang. request by anak aku yg mmg hantu pisang. suka sgt mkn pisang sedangkn aku xde plk suke pisang sampi naik hantu. hehehe.... so ptg td tgedik2 la aku kat dapur buat cekodok nih utk santapan aku dua beranak. dah sah2 asben aku keje. n x lupa. utk jiran sebelah sket. resepi aku ambik dr dapur kak hana. dh lama aku simpan resepi ni dlm file. br hr ni tgerak nk buat ikut resepi nih. biasa aku buat ikut version aku ler. tp x rugi la cuba. sedap. lembut plk tu. klu x pcaya. cuba buat sendiri k ^_^

Cekodok Pisang
sumber kak hana

Bahan - Bahan

1 sikat pisang - apa pisang pun x kisah janji masak ranum [aku guna 3 biji pisang montel]
gula... 4-5 sudu besar
secubit garam
1/2 sudu soda bikarbonat
2 sudu besar margarine / butter utk kasi ranggup [aku guna butter]
tepung gandum
sedikit jerk air

Cara - Cara

lenyekkn pisang tu dulu tau. kemudian campur semua bahan. kacau. panaskn minyak dan goreng. golek ngn sudip kayu utk mbulatkn jemput2 tu!!! hehehe aku punya x bulat2 pun. yg pasti. sodap. dah x yah nk mintak2 k. hbs licin aku dua branak mkn.

Tuesday, November 9, 2010

Cucur Ikan Kukus

hehehe ko org jgn la tkezut sakan plk. aku punya title cucur ikan kukus tapi kluarnya mek comel ni hah tgh terendam kat dlm kuali. kongpius ler tuh. ni sebnrnya menu minum petang semlm. aku buat lg sekali memandangkn ubi keledek yg adik aku cik bonsai bwk dr kg kiriman adik ipar aku msh ada lg. drp mbazir baik ler aku ulikan jadi mek comel ni hah. leh jgk aku bg kat jiran sebelah rmh. merasa la sorang sket.

sambil layan cite ulek mayang aku duk mgoreng kat dapur. nsb baik x rentung aku punya cek mek molek ni hah.

ni utk jiran aku. suke kemain lg siap srh aku ajarkn nk buat mcm mn. padahal aku main uli aje. jnji rupa n rasanya ade. jgn plk nk wak cek mek molek jdnya donut. haru tuh....

dan ini br related ngn title kat ats. hehehe... cucur ikan kukus... sodap. wak minum petang pun best gaks. bahan2 yg digunakan pun simple aje. nk tau camne rasanya. cuba la sendiri. tp sukatannya aku main agak2 aje yerk. resepi ni aku dpt daripada ummy kesygan aku. dia kata agak2 jerk la long so aku pun buat la spt yg diarahkn. hasilnya x teragak2 lg. mmg sodap ^_^...

Cucur Ikan Kukus

Bahan-Bahan

1 ketul ikan tongkol - yg tlh dikukus
1 cawan tepung gandum
segenggam ikan bilis
3 ulas bawang merah - dimayang
2 keping daun kubis - dimayang halus
2 batang daun bawang - dimayang halus
1 sudu mkn serbuk knorr pasti sedap
sedikit air
sedikit garam
sedikit air kukusan ikan
minyak utk mgoreng

Cara Menyediakan.

campurkan semua bahan2 tadi. kacau. pastikan adunan tdk tlalu lembik atau tlalu kenyal. sedang2 saja. ketepikan. panaskan minyak untuk goreng terendam. masak dengan mgunakan api sederhana. goreng hingga kuning keemasan. hidangkan bsama sos kegemaran anda. atau mkn begitu sahaja pun dh sodapppppp...

sok klu rajin leh buat lagi...

Konvokesyen TASKI ABIM Shah Alam Ke 23 2010

ahad, 7 november 2010 telah blangsung masjlis konvokesyen TASKI ABIM tempat anak aku areena syakirah blajar. cam biasa ler aku ni sensitif orgnya. wlaupun ank aku cuma ambil sijil sempena tamat blajar tadika 6 thn tp htku diusik rasa sayu. sebak. cuma aku tahan supaya org x nmpk aku nangis. erkkk.... malu ler. beria bonar walhal cuma majlis biasa2 aje. tp bagi aku ia tetap istimewa.

mgkn krn aku x sangka aku dh ada seorg puteri yg akn mginjak usia 7 tahun. seakan br lg aku mdirikan rumahtangga dgn datuk K. aku selalu perasan muda. hehehe... k la jom tgk gambar kenangan yg sempat dirakam. kan aku cite byk2 tlbh emo plk aku nnt.

puteriku areena syakirah

ketibaan tetamu thormat

menuju ke dewan

posing jap

k boss line clear. nk msk la nih.

kat dlm dewan

menunggu giliran utk buat psembahan

ngantuk ah. tido jap.

psembahan nasyid dr TASKI ABIM Al-Ubuddiah

pentomin yg dipsembahan oleh kanak2 dr TASKI ABIM seksyen 24

antara babak dlm pentomin yg dipsembahkn

dikir barat dr TASKI ABIM seksyen 28

TASKI ABIM TTDI Jaya mpsembahkn syarahan

TTDI Jaya

psembahan koir dr TASKI ABIM Sri Muda

rehat jap.

pyampaian hadiah utk pelajar tbaik n pelajar cemerlang.

beratur utk menerima sijil

menunggu giliran

areena syakirah

iklan colgate utk gigi dua batang.

di belakang pentas

bgambar kenangan

malu2 cik kak nih

we love u, sayang

THE END