Followers

Monday, March 28, 2011

Ikan Patin Masak Tempoyak Resepi II

hr ni aku punya mood bagus nk masuk dapur. semlm dh g beli brg dapur ngn hubby. hr ni seblm kul 9 pagi aku dh siap masak nasi. hahaha.... seblm aku hntr ank aku ereen g skolah aku dh siap masak Ikan Patin Masak Tempoyak nih. fav aku n hubby. wlaupn td aku mkn sorang2 tp aku tetap tambah mkn nasi ^_^. kali ni x guna resepi kebiasaan yg aku buat. nk cuba kelainan. lg pn x byk beza. rasanya tetap sedap. jom kita tgk apa yg diperlukan utk menyediakan Ikan Patin Masak Tempoyak.


Ikan Patin Masak Tempoyak
Source:

Bahan-bahan

1. 1 ekor ikan patin (dipotong dan dibersihkan)
2. 4 sudu besar tempoyak - aku letak 1 1/2 senduk
3. 10 biji cili padi (dikisar) - aku tambah 2 biji cili besar [ditumbuk]
4. 3 cm kunyit hidup (dikisar) - ditumbuk
5. 3 batang serai (diketuk) - aku cuma guna 2 btng serai shj
6. 3 batang bunga kantan (dihiris) - aku gn 1 kuntum shj
7. 5 helai daun kesum
8. 2 cawan air - aku letak 3 1/2 cawan
9. Garam, minyak masak dan gula pasir.
10. 2 keping asam keping - yg ni aku tambah

Cara membuatnya:

1. Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk. Tumis cili padi dan kunyit hidup yang telah dikisar. Kacau seketika.
2. Masukkan serai, bunga kantan dan daum kesum.
3. Kemudian masukkan air, tempoyak dan ikan patin.
4. Apabila mendidih, masukkan garam, asam keping dan gula pasir secukupnya. Masak lagi hingga pekat.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment