Followers

Thursday, April 5, 2012

Layan Resepi Plak - Sambal Terung Bilis Rangup

dua, tiga hr lepas aku singgah blog kak MaDiHaA n aku trus tpaut ht ngn resepi nih. kebtlan mmg aku ada stok terung. so pepagi lg aku dh masuk dapur. seblm kul 10 td semua udah beres. aku masak awal supaya ank aku ereen dpt lunch dl seblm ke sekolah. kepada kak madihaa, thanks sbb kongsi resepi yg sodap ni. bl mkn krutt kratt krutt kratt bunyinya. hehehe...mntk izin CnP resepinya kat cni ya kak. mintak dihalalkn. 


Sambal Terung Bilis Rangup
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
4 biji terung saiz sedang ~ potong serong, rendam, cuci & tos
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang merah ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ hiris
segenggam ikan bilis
1/2 kiub ikan bilis
garam, serbuk perasa & sikit gula
sikit serbuk kunyit
minyak

Cara2
1. Terung digaul ngn garam & kunyit. Panaskan minyak agak byk. Goreng terung hingga nampak lembut. Angkat & ketepikan dulu. Goreng pulak ikan bilis hingga garing, angkat & ketepikan dalam pinggan berasingan.
2. Kurangkan minyak dlm kuali tadi untuk menumis.. tumis bahan2 mayang hingga layu. Masukkan cili kisar & tumis hingga wangi.
3. Masukkan kiub ikan bilis, sedikit garam, serbuk perasa & sikit gula. Masukkan 2, 3 sudu air jika sambal terlalu kering. Kacau2 hingga sebati.
4. Masukkan terung & gaul sebati. Akhir sekali taburkan ikan bilis & gaul lagi. Hidang panas2 semasa ikan bilis masih ranggup. (jika belum mahu makan.. masukkan ikan bilis kemudian apabila dah sedia untuk dihidangkan.. hanya masukkan ikan bilis & gaul.. tak perlu dipasangkan api dapur)


ini plk ikan patin masak tempoyak. utk resepi blh KLIK di sini.


n timun sbg ulam. simple aje menu aku. jnji tekak ni leh layan. hehehe...

2 comments:

  1. salam moklong..
    terima kasih sudi mencuba resepi sempoi akak tu ye...
    kalau bahan2 dah sedia ada dlm esbox.. memang cepat je boleh mencuba kan.. hehe.. samalah ngan akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy yg ptt bterima ksh pd akak...satu resepi yg sempoi, simple, mudah n sedap...hehehe...

      Delete