Followers

Friday, August 13, 2010

Ayam Masak Merah Berempah


ni pun lauk untuk berbuka semalam gaks... ayam mmg sentiasa ada kat dlm esbok... x tau nk masak apa... kebtln tinjau rmh kak nor jumpa plk resepi yg mabeles nih... rugi klu x cuba... sedap...klu di makan ngn nasi minyak pun tentu sedap gaks... ln kali leh cuba....

hahaha...tgk, ini ler rupa ayam masak merah berempah haku... gambar x brapa nk "segar" mcm tuannya gaks... kepala duk ding dong... x cukup tido... kena melayan kerenah aldrian... smpi hubby aku pun pening... ada ke patut... dia nk bg ubat tidur kat anak aku... klu aki n ami dapat tau... mjerit la depa... hehehe.... k la... jom tgk resepi yg aku CnP dr blog kak nor.... minta izin yer utk tepek resepi kat cni plk....senang nk cuba kemudian hr...

AYAM MASAK MERAH BEREMPAH

1/2 ekor ayam ~ dipotong dan dibersihkan
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam

bahan penumis:
1 btg kayu manis
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

bahan blend:
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia
1 btg serai

3 sudu besar cili mesin ~ kurangkan jika tak suka pedas
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
air asam jawa
sedikit air
garam dan gula
minyak

bahan2 sampingan:
2 bj cili hijau ~ dipotong 2 [x letak sbb xde]
2 bj cili merah ~ dipotong 2
1bj tomato ~ dipotong 6 [ni pun x letak]
1 labu bawang besar ~ dipotong 6

Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak tp jgn terlalu garing.
Angkat dan toskan.
Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumiskan bahan penumis hingga wangi dan masukkan bahan blend.
Kacau2 dan goreng hinnga garing dan masukkan sedikit air, goreng lg hingga pecah minyak.
Masukkan serbuk lada hitam, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih (yg dah digaul dgn sedikit air panas hingga menjadi paste) serta sos tiram.
Goreng hingga wangi dan garing baru lah dimasukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan 1/2 cawan air dan masukkan gula dan air asam jawa.
Biarkan mendidih dan sedikit pekat.
Masukkan ayam dan bahan2 sampingan (cili hijau, cili merah, tomato dan bawang besar)
Masak lah hingga kuah hampir pekat, angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment