Followers

Tuesday, March 16, 2010

Nasi Ayam Madu

ini la menu utk hr ni...lps blk dr TESCO pagi td...terus aku bperang kat dapur...kelentang...kelentung....kelentang...kelentung...nah ini ler hasilnya...srry ya kekwn gambar den tangkap ni x memuaskn....almaklum ler den bkn fotographer..lg pun asben aku dh lapar gile...aku plk sibuk nk tangkap gambar lu...hehehe...resepi ni aku CnP kat cni yerk myresipi......

Bahan-Bahan

2 cawan beras - aku msk 3 cawan sbb klu 2 cawan x cukup...aku kn kuat mkn...muahh...
1/4 bawang besar
2 sudu mentega
sehelai daun pandan
2 kiub ayam
madu
kicap pekat
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut adabi
sos tiram
1/2 sudu serbuk lada putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih

[hiasan]
daun bawang - x letak
daun sup
bawang goreng - x letak
daun salad/timun - timun jerk...cari salad xde...

Cara-Cara

1. Bersih ayam. Potong ikut suka
2. Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dengan sedikit minyak sehingga bawang jadi perang
3. Masukkan air, ayam, sup bunjut dan kiub ayam. Masaklah sehingga ayam masak. (Aku tambah garam utk sesuaikn rasa).
4. Untuk masak nasi, bersihkan beras. Ambik 2 cawan(disbbkn aku msk 3 cawam so air sup pun 3 cawan ler...) sup ayam tadi untuk masak nasi. Masukkan daun pandan. Masak seperti biasa. Seblm tu tumis halia n bawang besar mgunakn mentega td.
5. Keluarkan ayam (aku tgglkn beberapa ketul dlm sup). Yg dh dikluarkn tu kena perapkan dengan madu, serbuk lada putih, sos tiram dan kicap. Goreng dengan minyak penuh
6. Untuk sos kicap. Mayang bawang putih. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sedikit sup ayam tadi. (Aku x buat yg ni).
7. Utk sos aku guna yg dh siap.

focus nasi sket....

ni sup ayam....sempat agi nk posing...

No comments:

Post a Comment