Followers

Friday, May 18, 2012

Pengalamanku - Arissa Sofea I

entry ini kutujukan khas buat anak2ku. ketika ini sdh tentu mereka tidak memahaminya malah langsung tdk mengerti namun suatu masa nanti pasti mereka mgetahui apa yang tsirat dan tsurat disebalik apa yang cuba aku sampaikan terutamanya kedua2 puteriku. seperti mana aku yg mula tahu dan sedar pengorbanan ummyku yang telah melahirkanku ke dunia ini.

kesakitan ketika melahirkan tidak menjadi nanah kepada ummyku malahan dibesarkan aku dan adik2 dengan penuh kasih sayang walaupn suatu ketika dulu aku mpersoalkan kenapa aku dimarahi dan dipukul. sesungguhnya ia adalah untuk kebaikan. bkn dengan rela juga sesuka hati seorg ibu memukul ank2nya. marah si ibu adalah bsulam dengan kasih sayang dan dengan harapan tindakan hari ini tidak membawa penyesalan di kemudian hari. gundahnya hati si ibu jika dibiarkan kelak ank yg tlalu dimanjai tdk mjadi insan seperti yang diharapkan.

dan aku cukup yakin ank2 aku juga pasti mpersoalkan setiap tindakanku dalam mbesarkan mereka terutamanya ketika aku marah atau memukul mereka. terutamanya Areena Syakirah yang dalam proses membesar kerana ketika ini dia sudah berusia 8 tahun. manakala adiknya Aldrian Ammar Syameer pula berusia 2 tahun  dan Arissa Sofea baru beberapa hari dilahirkan. 

dari riak wajah puteri sulongku. dapat aku tafsirkan rasa ketidakpuasan hatinya ketika aku memarahinya. pandangannya kepada Aldrian mgambarkan betapa jengkel dan geramnya dia pada si adik yg seorang itu. lebih2 lagi bila dia dimarahi kerana Aldrian. harapanku semoga anak2ku akan memaafkan aku kerana memarahi serta memukul mereka.

ketika aku mgandungkan puteri sulongku. aku cukup malas. ketika itu aku tinggal bsama bapa mertuaku. masak pn malas. meredah jammed ketika pergi dan pulang dr kerja mbuatkn aku kepenatan. alih2 tido juga mjadi pilihanku terutamanya pada hari minggu.

masa mengandungkan Aldrian pula, aku agak gila mencuba resepi hasil dr BW ke rmh kenalan blogger. sempat jg aku "membaking" bsama jiran sebelah rumah. dan yg paling ketara. aku gila bsolek walaupn itu bukan sifatku. sggp bhabis mbeli alat2 solek malah turut bmurah hati mhadiahknnya kpd ummy, adik2ku   jg sepupuku dan tidak lupa sahabatku NOZIE.

pic hasil carian dr pak google 

mengandungkan Arissa Sofea pula aku punyai kegilaan baru. suka sgt ngn bunga orkid. bhabis duit kerana telah jatuh cinta ngn kecantikkan bunga orkid. seblm ni tdk pula bsggh utk menanam orkid padahal sedari kecil lagi aku sdh tbiasa ngn tanaman ini kerana ummy aku adalah peminat orkid tegar. tp bila mengandung minat tu dtg sendiri. hati turut bbunga2 bila pokok2 orkid yg dimanjai dengan baja mgeluarkan bunga. rasa satu kepuasan yang tdk dpt digambarkn.  

di antara koleksi orkidku

ok la. entry ni akan bsambung lagi. ini hanya pmulaan cerita pgalamanku mengandungkan Arissa Sofea dan kenapa aku tidak mhebahkan berita kehamilanku. hanya keluarga dan org2 tdekat shj yang tahu. daaaaaaa....^_^

Monday, May 14, 2012

Gulai Ikan Masin Dengan Nanas

ini adalah masakan terakhir aku sebelum aku bsalin. skrng ni aku tgh berehat dr masak - memasak. masuk dapur pn kejap2 aje utk myibuk. dpt la bsenang lenang sampai hujung minggu ni sahaja. lepas ni semua kena buat sendiri. ummy aku dh nk balik kampung pada hujung minggu ini. masakan simple hasil resepi campak - campak drp ummy aku (aku ckp campak2 sbb klu tanya dia selalunya dia akan ckp ala ummy campak2 jerk bahan2nya xde sukat2 ^_^). so agak2 aje la tp bahan2 asasnya yang digunakan adalah seperti yang dinyatakan. 


Gulai Ikan Masin Dengan Nanas

Resepi : Ummy Aku

Bahan2
Ikan Masin Kurau ~ dipotong n rendam sekejap utk kurangkn masin, cuci & toskan
1/2 biji Nanas ~ bersaiz kecil shj, potong sesuka hati, cuci n toskan
3 ulas Bawang Merah ~ ditumbuk
2 ulas Bawang Putih ~ ditumbuk
1 inci Kunyit ~ ditumbuk
1/2 inci Lengkuas ~ ditumbuk
1/2 Halia ~ ditumbuk
1 1/2 Cili Boh
Sedikit Belacan
1 Kotak Santan Segera
1/2 potong Gula Melaka ~ size kecil
Garam secukup rasa
Air secukupnya
aji (jika perlu)

Cara2 Menyediakan
Masukkan semua bahan kecuali santan dan ikan masin. Masak sehingga mgelegak. Kemudian masukkan ikan masin. Kacau n biarkan seketika. Masukkan santan. Kacau hgga masak. Pastikan secukup rasa & tutup api. Dihidangkan dengan nasi panas.

Sambal Tumis Sotong Kembang


ni dh sah2 entry menu ttunggak. aku tnmpk menu ni kat dapur Kak MaDiHaA a.k.a Ratna ms BW. sempat jgk la aku mcuba seblm aku bsalin. aku hidangkan bsama nasi lemak. aku ikut aje resepi Kak MaDiHaA cuma aku kurang jumlah pgunaan cili kering. aku takut nnt ada yg terjun kolam krn kepedasan. kepada Kak MaDiHaA mntk dihalalkan resepinya n minta izin CnP di sini untuk rujukan masa hadapan.



Sambal Tumis Sotong Kembang
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
500 gm /2 ekor sotong kembang ~ dipotong kecil, basuh & tos
3 sudu besar gula
garam secukup rasa
aji (jika perlu)
1 sudu kecil (penuh) asam jawa ~ diramas dengan sedikit air ambil jusnya
minyak secukupnya untuk menumis

Bahan dikisar halus
20 tangkai cili kering ~ dikerat & rebus kejap
5 ulas bawang merah
1 biji bawang besar saiz sedang
2 ulas bawang putih
½ sudu kecil belacan (dilayur/bakar kejap)
2 biji buah keras


Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 kisar & kacau2 tumisan sehingga garing, wangi & terbit minyak.
2. Masukkan gula, air asam jawa & sotong. Masak sehingga sotong lembut sambil dibalik2kan.
Jika perlu boleh tambah sedikit air.  Masukkan garam & aji secukup rasa. Biar sehingga kuah agak pekat.
Pastikan secukup rasa & bolehlah dihidangkan bersama nasi putih atau nasi lemak.