Followers

Wednesday, October 19, 2011

MIL vs MENANTU

Maaf kiranya topik ini bisa membuatkan sesetengah pihak akan terasa mahupun tercuit hati. Tapi aku rasa ia wajar untuk diketengahkan kerana ada di antara kita sering memandang remeh akan hal sebegini. Walhal ia boleh menjadi barah yang maha bahaya yang senang - senang menular di kalangan kita.

Orang tua aku sering berpesan. Anggap la MIL seperti ibu kita sendiri. Ibu yang berjasa melahirkan kita di dunia ini dan bersusah payah serta bersengkang mata untuk membesarkan kita semua. Ya ku akui itu. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak bernasib baik yang mendapat MIL seperti gunting dalam lipatan.

Syukurlah sekiranya anda tidak perlu berhadapan dengan situasi sebegitu. Ada MIL yang sanggup memporak perandakan rumahtangga anak menantu semata - mata untuk kepuasan dirinya. Mereka sering beranggapan anak lelaki mereka adalah hak mutlak mereka. Sering mencampuri urusan peribadi rumahtangga anak mereka. Sehingga duit untuk isteri dipersoalkan kenapa perlu diberi sebanyak itu sedangkan dia sepatutnya mendapat habuan yang lebih banyak kerana dia telah membesarkan anak lelaki mereka.

Tidak cukup dengan itu, setiap gerak - geri anak menantu diperhatikan. Sanggup pula menjaja cerita tentang menantu pada kenalan juga jiran tetangga. Walaupun tidak tinggal sebumbung dia ada cara tersendiri bagaimana untuk mengetahui aktiviti menantu. Menipu dan melakonkan watak sedih adalah lumrah si MIL untuk disajikan kepada anak menantu. Agaknya kalau ada anugerah untuk MIL ZALIM, golongan ini la yang selayaknya memiliki trofi itu. Ironinya, tidakkah si MIL ini merasa bersalah dengan apa yang telah dia lakukan. Tidak mustahil juga rasanya si MIL ini akhirnya sanggup melakukan sesuatu di luar dugaan supaya anak dan menantunya bercerai.

Lain pula halnya dengan MENANTU yang tak sedar diuntung. Yang sesuka hati memperlakukan MIL seperti bibik dari seberang. Sampaikan seluar dalam sendiri pun MIL yang cuci, lipat dan simpankan. Urusan menjaga anak - anak diserahkan kepada MIL. Diri sendiri seenaknya membuta tak kira masa dan ketika. Boleh bersenang - lenang menonton tv rancangan kegemaran dari pagi sampai ke malam. Tidak pula ringan tulang untuk menolong membuat kerja rumah.

MENANTU ini memang kurang ajar juga tidak sedar diri. Sudah la menumpang di rumah MIL. Tapi berlagak seperti permaisuri dambaan ramai. Kalau muka macam kodok ditampal bedak dan badan macam dugong pakai korset usah berlagak seperti Miss Universe.

Bila MIL diperlakukan sedemikian rupa. Lain pula pada ibu sendiri. Bijak pula memberi alasan. Ibu tidak boleh melakukan kerja berat. Apatah lagi kalau kurang tidur. Nanti penyakit ibu datang lagi. Jadi ibu tidak boleh dibebani dengan masalah yang tidak sepatutnya. Ahhh... persis anak yang solehah.

Tidakkah si MENANTU ini ada otak untuk berfikir seketika. MIL pun sudah tua. Sepatutnya hari - hari tuanya diisi dengan amal ibadah. Ingin ke surau untuk mencari ilmu. Berehat setelah penat di waktu mudanya membesarkan anak - anak.

Kalau ada yang tersinggung ngan artikel ini aku mohon kemaafan. Tetapi kenapa pula perlu terasa kalau bukan anda pelakunya. Persoalannya kenapa wujud dua golongan ini di kalangan masyarakat hari ini. Kita kan 1 Malaysia. Tak kan tak faham bahasa kot. Renung - renungkan dan selamat beramal.



keluarga bahagia dambaan semua namun jika ada di antara kita yang busuk hati dan tidak ikhlas ia di ibaratkan cuba memeluk bayang - bayang di dalam mimpi

Apa yang dinyatakan di sini adalah melalui apa yang berlaku di sekeliling aku di kalangan teman - teman rapat juga di dalam keluarga aku. Sekadar meluahkannya di sini untuk dikongsi bersama anda semua. Jadikan panduan ke arah kehidupan yang lebih baik. Pandang pada sudut positif supaya kita faham apa maksud tersurat mahupun yang tersirat.

3 comments:

  1. i like berjuta2 lemon u nyer topik...

    ReplyDelete
  2. smga kita dijauhkn dr 2 golongn yg dinyatakn...insyaAllah 1 hr nnt kita akn jd MIL pd seseorg gaks...so ingt la...jgn buat aniaya kat anak menantu...

    ReplyDelete
  3. btl doh tue..hrp2nyer anak2 kita crk nantu yg juruh...bkn nyer hantu...kalu dok, duk dapur sapa ke tua la kita

    ReplyDelete