Followers

Monday, March 28, 2011

Kacang Botol Tumis Belacan

utk menu sayur plk aku cuma goreng Kacang Botol Tumis Belacan. aku mmg suka kacang botol. sedap. krup krap krup krap bunyinya bila mkn. ranggup. x rugi mcuba sbb simple n mudah aje nk menyediaknnya. bahan2 pun x byk. cukup la menu aku hr ni. ada Ikan Patin Masak Tempoyak, Kacang Botol Tumis Belacan n Telur Dadar. perkkkk..... meletop hehehe.... tp biasa la ada sket2 yg aku derhakakan pd resepi asal nih. mintak maaf ya love. n mintak ijin skali utk tepek resepinya kat cni.



Kacang Botol Tumis Belacan


Bahan-Bahan

20 tangkai kacang botol - dihiris 1 inci panjang [aku cuma guna 6 tangkai kacang botol]
5 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
7 biji cili merah - dikisar
1.5 inci belacan (kurang / lebih ikut citarasa) - dikisar n aku lbhkn sdkt
sedikit udang kering - dikisar [aku x letak sbb stok udang kering dh hbs tp aku masukkn sedikit isi ayam]
garam secukup rasa
sedikit gula - yg ni aku tambah
kicap manis - yg ni aku tambah gaks
1/2 sudu besar cili mesin - yg ni pun aku tambah
minyak masak

Cara-Cara

1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkn bahan2 yang telah dikisar tadi n cili mesin. Tumis hingga naik bau dan kemudian masukkan ayam. Kacau seketika.
2. Masukkan kacang botol, garam, kicap manis n sedikit gula. Gaul sebati
3. Dah okey, boleh padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.
4. *Jangan masak kacang botol terlalu lama, nanti lembik* - sbb tu aku tggu sambalnya agak2 dh pekat baru masukkn kacang botol. kacau kejap terus matikan api :)-

Ikan Patin Masak Tempoyak Resepi II

hr ni aku punya mood bagus nk masuk dapur. semlm dh g beli brg dapur ngn hubby. hr ni seblm kul 9 pagi aku dh siap masak nasi. hahaha.... seblm aku hntr ank aku ereen g skolah aku dh siap masak Ikan Patin Masak Tempoyak nih. fav aku n hubby. wlaupn td aku mkn sorang2 tp aku tetap tambah mkn nasi ^_^. kali ni x guna resepi kebiasaan yg aku buat. nk cuba kelainan. lg pn x byk beza. rasanya tetap sedap. jom kita tgk apa yg diperlukan utk menyediakan Ikan Patin Masak Tempoyak.


Ikan Patin Masak Tempoyak
Source:

Bahan-bahan

1. 1 ekor ikan patin (dipotong dan dibersihkan)
2. 4 sudu besar tempoyak - aku letak 1 1/2 senduk
3. 10 biji cili padi (dikisar) - aku tambah 2 biji cili besar [ditumbuk]
4. 3 cm kunyit hidup (dikisar) - ditumbuk
5. 3 batang serai (diketuk) - aku cuma guna 2 btng serai shj
6. 3 batang bunga kantan (dihiris) - aku gn 1 kuntum shj
7. 5 helai daun kesum
8. 2 cawan air - aku letak 3 1/2 cawan
9. Garam, minyak masak dan gula pasir.
10. 2 keping asam keping - yg ni aku tambah

Cara membuatnya:

1. Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk. Tumis cili padi dan kunyit hidup yang telah dikisar. Kacau seketika.
2. Masukkan serai, bunga kantan dan daum kesum.
3. Kemudian masukkan air, tempoyak dan ikan patin.
4. Apabila mendidih, masukkan garam, asam keping dan gula pasir secukupnya. Masak lagi hingga pekat.

Monday, March 21, 2011

Cucur Ikan Kukus n Nasi

sarapan utk hr ahad masih lagi cucur ikan kukus tapi aku dh ubah suai lg. kali ni aku tambah nasi sejuk. hehehe... minggu ni minggu cucur sedunia agaknya. apa2 aje ler... seblm ni aku ada terjah dapur kekawan blogger. ada yg mgunakan nasi sbg salah satu bahan utk mbuat cucur. so aku pun mulakan ekperimen aku sendiri. hasilnya nyata tidak mhampakan. jom tgk apa yg aku dh lakukan. hehehe...

ini la rupenya cucur yg mjadi ekperimen aku. sedap weh [kes perasan la nih. masuk bakul angkat sendiri. muahhh...]. lps ni leh wak lagi.

Cucur Ikan Kukus

Bahan-Bahan

1 ketul ikan tongkol - yg tlh dikukus
1 cawan tepung gandum
1 cawan nasi sejuk
segenggam ikan bilis
3 ulas bawang merah - dimayang
2 keping daun kubis - dimayang halus
2 batang daun bawang - dimayang halus
1 sudu mkn serbuk knorr pasti sedap
sedikit air
sedikit garam
sedikit air kukusan ikan
minyak utk mgoreng

Cara Menyediakan.

blend ikan kukus + nasi + sedikit tepung gandum. kemudian masukkn ke dlm bekas n satukan semua bahan2 lain bsama bahan yg tlh diblend td. mcm biasa pastikan adunan tdk tlalu lembik atau tlalu kenyal. sedang2 saja. ketepikan. panaskan minyak untuk goreng terendam. masak dengan mgunakan api sederhana. goreng hingga kuning keemasan. sedia utk mjadi hidangkan yg myelerakan utk anda sekeluarga.

bila ditambah ngn nasi cucur ni menjadi lebih lembut tapi ranggup diluar. juga menepati selera aku sekeluarga.
untuk lunch hr sabtu aku cuma sediakn menu yg simple2 aje. br hr ni aku bkesempatan nk letak n3 kat cni memandangkn kesibukan aku mguruskn anak2. emmm... menu2 ni request by my hubby sesuai bangat ngn aku yg x brapa rajin nk masuk dapur. maka thasil la menu2 di bawah. simple tapi bila mkn siap btambah2.

sambal sotong

ayam goreng my style

Bahan2
5-6 ketul ayam
1 sudu besar rempah kari ayam
1 sudu besar serbuk ayam goreng kfc
1/2 sudu besar serbuk pasti sedap knorr
sedikit garam
sedikit ajinomoto - jika suka
sedikit gula - jika suka
sedikit air

Cara2

gaulkan semua bahan n perapkan ayam bsama bahan2 ini selama 5-10 minit. goreng mgunakan minyak yg banyak. sedap. kena la ngn selera aku n hubby.

kubis yg sudah dicelur tlbh dahulu

ini la dier menu pbuka selera. x perlu tambah mcm2. ckup ngn cili api. ini pun dh terangkat. bisa meleleh air mata n idung anda. hehehe...lawannya kubis yg dicelur td k.

Cucur Ikan Kukus Lagi

ini menu utk sarapan pd hari sabtu. kebetulan msh ada ikan tongkol kukus yg ummy aku buatkan seblm aku blk ke shah alam. mmg best hgga licin sepinggan cucur. tpksa goreng second round utk anak aku yg blk dr kelas tambahan. utk memudahkn pd yg nk mcuba aku sertakan skali lg resepinya.

Cucur Ikan Kukus

Bahan-Bahan

1 ketul ikan tongkol - yg tlh dikukus
1 cawan tepung gandum
segenggam ikan bilis
3 ulas bawang merah - dimayang
2 keping daun kubis - dimayang halus
2 batang daun bawang - dimayang halus
1 sudu mkn serbuk knorr pasti sedap
sedikit air
sedikit garam
sedikit air kukusan ikan
minyak utk mgoreng

Cara Menyediakan.

campurkan semua bahan2 tadi. kacau. pastikan adunan tdk tlalu lembik atau tlalu kenyal. sedang2 saja. ketepikan. panaskan minyak untuk goreng terendam. masak dengan mgunakan api sederhana. goreng hingga kuning keemasan. hidangkan bsama sos kegemaran anda. atau mkn begitu sahaja pun dh sodapppppp...

kali ni aku ubah sket resepi nih. mula2 aku blend ikan kukus ngn sedikit tepung gandum + sket air. aku x letak ikan bilis sbb tlupa n lebihkan kubis. tetap sedap malahan rasa ikan lbh sekata.

Friday, March 18, 2011

Kuah Kacang Nasi Himpit

aku sediakn utk sarapan hr ni, kuah kacang nasi himpit. wlaupn dh lama nk buat tp aku cukup bcinta nk masuk dapur. akhirnya tcapai gaks cita2 aku nk mbuatnya sendiri. itu pn setlh aku mkn yg adik bena aku masak beberapa bulan yg lalu. hehehe... bkn ssh pun cuma bila daku dikuasai ngn sifat malas sudah tentu jengah dapur pn aku x hingin :)-

source: ummy aku

Bahan-bahan:-

1/2 kg kacang tanah [digoreng terendam ngn minyak hgga garing. angkat n toskn. sejukkn]
1 inci halia - diblend
15 ulas bawang merah - diblend
3 biji bawang putih - diblend
1 senduk cili kisar [blh tambah jika ingin pedas]
2 batang serai - diketuk
air asam jawa
sedikit belacan
sedikit isi ayam - potong kecil
gula melaka
garam

Cara Penyediaan:-

1. kisar kacang tanah yg tlh digoreng. tpulang utk kisar halus atau separa halus. blh juga 1/2 drpnya dikisar halus n 1/2 lg dikisar separa halus. bgantung kpd kesukaan anda.
2. tumis bawang merah, halia, belacan n bawang putih yg telah dikisar.
3. masukkan cili kisar n kacau. biarkan mereneh seketika kemudian masukkn isi ayam n serai.
4. kemudian masukkn air asam jawa dan gula melaka. kacau lg n biar sehingga pecah minyak.
5. masukkan kacang tanah yg telah dikisar td. tambah sedikit air jika ianya tlalu pekat.
6. akhir skali masukkan garam. kacau. bila cukup rasa manis, masam n masinnya blh tutup api n sedia dihidangkn dengan nasi himpit.

Saturday, March 5, 2011

Ikan Goreng Sambal Tempoyak

selera sggh mkn nasi hr nih... wlaupn menunya simple2 jerk tp tnyata sodap... klu mkn nasi x tambah itu bkn aku ler tuh... hehehe...

sbnrnya semlm aku sempat la BW kat blog kekwn yg lain. tetiba kat rmh hasue aku tnmpk menu nih. terus telan air liur. lagi pun aku n hubby mmg suka bangat ngn tempoyak. kebtlan semua bahan2 dh ada so tanpa dpt di tahan2... hr ni aku mcuba sendiri resepi nih.

aku punya x secantik yg hasue buat. warnanya kekuningan. maybe krn aku kurangkn kuantiti utk cili sbb aku takut kepedasannya mbuatkn semua org berasap. wlaupn begitu rasanya mmg sodap. kepada peminat tempoyak rugi klu x cuba resepi nih. menurut hasue resepi nih diambil drp che mat gebu. so kpd keduanya terima ksh sbb bkongsi resepi nih. mintak izin C&P di sini.

BAHAN-BAHANNYA:

3 ekor ikan kembong hijau (boleh guna apa2 jenis ikan berdaging - aku masak 2 ekor ikan selar)
1 helai daun kunyit, hiris halus
2 batang serai, hiris serong, kasar
5 biji bawang merah*
1 biji kecil bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
25 biji cili padi siam merah* (aku guna cuma 5 biji cili padi)
1 camca besar penuh tempoyak
3 keping asam gelugor (aku cuma guna sekeping shj sbb tempoyak dh ada rasa masam)
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA:

1. Ikan kembong disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum, masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
3. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.